Wednesday, September 28, 2011

Dia Terus menghindarkan aku

fikiran aku terus dihimpit kesesakan...nafasku tahan kuat2...dadaku terangkat...gigiku ketip kuat2...mataku terpejam erat..fikiranku terus bergerak...mencari jawapan yang aku sendiri tak tau ada atau tidak..benar atau tidak





dia terus membisu...tiada satu kabar berita darinya..tiada apa2...ingin ku jauhkan diri...namun akhirnya aku jua yang mengalah..kembali bertaut...kalau ku terus begini aku akan hancur dan lebur...tiada dalam ada..ada seperti tiada..ku telah melakukan sedayaku..menceritakan isi hatiku...namun aku tiada...dia tiada..kami tiada...alangkah





mengejar sesuatu yang penuh tek-teki..sesuatu yang tidak pasti dan tidak jelas..membuatkan diriku...fana dan lenyap dalam fikiranku sendiri..bagiku akutelah lenyap...baginya aku hanya hiasan....hiasan yang perlu digilap bila berdebu dan berkarat...bila sudah berkilat..maka digantung semula untuk tatapan orang...wah cantiknya hiasanmu itu...itulah aku...makhluk bertoko yang dijadikan hiasan....





layakkah aku menjadi hiasan??? pemilikku tidak menghargai hiasan..hiasan hanya digantung..tidak digunakan...dipuji oleh orang lain...tetapi tuanku hanya sekali memujiku...ah..apa yang hendak ku sampaikan??? aku hanya hiasan

Tuesday, September 6, 2011

Syawal

assalamualaikum

tibanya lagi syawal...ramadhan...sedar tak sedar umurku dah 27 tahun kini ,

aku teringat masa mula2 posting di sarawak...di smk sundar...mula2 melangkah masuk ke sekolah baru aku berazam...aku mesti melakukan sesuatu...membuat sesuatu untuk diriku...ubah diriku..menjadi seseorang...bukan diriku yang dahulu..diriku yang baru dan maju...ihihimaju dah memang maju(perutku maju ibarat seguni beras..hihiihi), teringat aku kenangan bersama keluarga haji salleh di kampung baru sebelah, hj salleh menyambut kedatangan aku dalam keluarganya dengan tangan terbuka...semuanya indah..semuanya baik...aku jatuh hati pada kebaikan keluarga ini...aku juga di datangi dengan keluarga satu lagi iaitu keluarga pak cik ibrahim...setiap malam dia datang kerumahku belajar tarannum dengan aku...sampai jam 11 malam..penat aku...uhhuuh tapi semangat dia belajar menghilangkan kepenatan aku...walaupun hidup di kampung aku gembira...tak lupa juga pada keluarga pak cik kantin(aku tak ingta nama dia) aku panggil pak cik je...setiap minggu dia pasti akan jemput aku ke rumah dia untuk buat tahlil...membaca yaasin dan solat berjemaah...dan yang pastinya jamuannya untuk aku sangat hebat..udang galah..hihiih :)..best...di layan ibarat raja :)


kini sudah dua tahun aku tinggalkan tempat itu.....hj salleh selalu talipon aku kemudian buat2 bertanya ni siapa..dan mcm biasa aku akan call dia balik...bertanya kabar..dia akan cakap...dia rindu nak berjumpa dengan aku..apakan daya aku sibuk di sini..uhuhu...kalau sempat mau juga melawat tempat lama itu..best juga amik angin kampung...kalau pergi sana mau tak balik lagi aku...kene lepak sana seminggu dua :)


rumah haji salleh pun kurang2 3 hari kene lepak umah dia..jumpa family dia..lepak2 kedai berdagang dia...best juga..ihihih...aku ingat kagi..dulu setiap petang aku g lepak kat kedai dia berjual ikan....best juga tengok dia berniaga...belajar cara dia berniaga...rasa suasana peniaga yang dah ada dalam jiwa aku...ihihhi...tapi leceh sikit...selera makan depa tak sama dengan lidah aku ni...uuhhu... lidah aku pun kini dah tak reti nak rasa kesedapan masakan kedah..kenapa ye... :)


banyak yang aku nak eritakan tentang tempat lama aku ni...ade seorang mak cik tu...dia suka sangat sembang dengan aku...kalau aku g lepak kat umah dia..mcm2 dia jamu aku...jamu air lah..kuih lah..makanan lah...mcm2 lah...pak cik sorang lagi tu dia serius sikit...dia tahu ilmu tarannum..dapat kesan lagu tarannum orang..tapi bila dia nak buat dia tak pandai dia cakap...dia ni orang kata sombong sikit...dia pernah bagitau..dulu dia tak pandai baca quran..hari2 dia dengar quran..akhirnya lepas 5 tahun dia dah pandai baca quran..dia menangis sebab tak pandai baca quran...sebab dia dah insaf..berazam nak ber ubah..maka dia pun dapat baca quran dengan berkat usaha , ikhtiar dan doa...alhamdulillah


ada satu pak cik lagi..pak cik azlie nama dia...dia pandai tarannum..dia guard sekolah lama aku...suara bagus..cantik...merdu...orangnye rendah diri dan tidak sombong...tak sempat dia nak belajar dengan aku sungguh kerana sibuk bekerja..aku pun tak kisah sangat :)...yang penting dia ada semangat dan azam nak belajar...itulah masyarakat di sundar...


dulu masa aku mula2 masuk ke sana aku tak pandai marhaban...aku join pasukan marhaban kampung sundar tu...dari aku tak reti marhaban sampai aku pandai marhaban...dengan bimbingan ustaz marzuki dan ustaz mazlan..aku berjaya pandai marhaban...aku latih pelajar2 aku untuk marhaban..akhirnya kami berjaya mendapat tempat kedua mtq di smka limbang..hihih..bangga juga aku..iihihi....pastu kami ada buat persembahan marhaban di satu majlis di masjid sundar..pelajar2 aku seronok dapat buat persembahan walaupun depa ni masih malu2 tapi aku rasa bangga dengan peluang dan pendedahan yang diberikan masa itu..hihiih


Tuesday, June 14, 2011

tad dapt tido

mcm2 adadlmkepala ku...tp xtau apa yg aku fikir sampai xdpt nk tido..apelh yg otak aku proses ni..huhuhuhu kene penyakit kot...uhuhhuhu

Wednesday, March 2, 2011

sibuk ker... hihhi

Bulan dua dan Bulan 3 bulan yangsangat sibuk bagi aku...mungkin sampai bulan lima...ironinya setiap tahun camtu..ihhihihi...esok nak terbang ke KL.... pastu balik nak meeting itu nak meeting ini...MTQ , KMIC , LAYANG LAYANG, PROGRAM MASJID....TUISYEN...HOMEWORK...mcm2 lagi semua nak di buat dalam satu tahun...harap2 Allah terus bagi semangat dan kekuatan untuk teruskan perjuangan ini...semoga Allah campakkan ketenangan dan kebahagiaan.....tapi dalam banyak2 tu ada satu yang termiss nak kira...ape lagi...kawenlah...hihihiihi

cakap baba kawen ni semoga Allah mudahkan urusan dan niat aku nak berkahwin...semoga apa yang dirancang diperkenankan dan diberi kemudahan...amin ... that's all for this time...a lot more to catch up...huuhhu

Tuesday, February 1, 2011

happy

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah

u know..just a few words..u can know someone..words also can make u smile..so what else u need to make sure u are smiling.. hehehe

teka teki

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah :

perjalananu pulang dari kuching mencari jawapan...makin banyak teka-teki yang bermain dalam fikiranku...semuanya tak terjwab...aku mencari jawapn yang bersarang dalm benak fikiranku...fikiranku yang kini berserabut terus berseranut....adui...tensennya...apakah sebenarnya yang terjadi...adakah aku yang tersilap atau aku mangsa keadaan...yaAllah bimbinglh aku mencari jawapan takdir Mu

Saturday, November 6, 2010

Aku menunggu Kemtian

semenjak kematian ayah sahabatku......aku menuggu2 kematian datang menjemputku......pagi ni aku membuka satu blog yang menceritakan betapa saat kematian dan saat dibangkitkan sangat dahsyat........penuh dengan kedukaan pada orang yang hdup dan orang yang mati......yang hidup meratapi pemergian orang tersayang.......pernah kita fikirkan...perg ke mana????? kubur???alam lain???akhirat???

Orang yang mati pula...keresahan...kegelisahan....kedukaan dengan dirinya...belm pun sempat menghadap munkart dan nakir....pelbagai kerisauan dah keresahan dah di alami...sewaktu bertemu maliakatul maut...resah...sewaktu dimandikan...resah dengan seruan dari langit...sewaktu dikafankan...resah dengar seruan dari langit....sewaktu diletakkan di dalam keranda...resah mendengar seruan dari langit...semuanya menyeru...menyebut dengan pelbagai seruan yang membuatkan kita tersedar apa , siapa dan kemana kita sebelum hidup...semasa hidup dan selepas kehidupan dunia.......ooooooooooooo..........seruan yang menginsafkan...andai dapat ku dengari....pastu ia mengnsafkan diriku dan kita semua...............

Mindaku terus berfikir...untuk apa ku kumpulkan kekayaan sedangkan akan ku tinggalkan semua kekayaan tersebut........untuk apa ku bercita-cita sedangkan cita-citaku tidak membawaku ke alam kubur.....untuk apa aku mengejar kebahagiaan dunia sedangkan tu tidak menjamin aku untuk bahagia diakhirat....untuk apa aku hdup sedangkan itu tidak menjamin aku terlepas daripada siksa neraka Allah........ntahlah...dan pelbagai lagi yang bermain di fkiran aku...aku perlukan jawapan...andai ada Rasul yang dapat membantu memberikan jawapan sekarang,...ingin aku luahkan segala isi hati aku untuk baginda bantu diriku........aku kehilangan arah tuju.....kehidupan yang indah dulu , kini aku sangat takut untuk teruskan lagi..........

I always need answer............................hope someone can give me the answer...........

Wednesday, October 6, 2010

Usrah 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tadi dalam jam 11 mlm saya selamat sampai ke rumah pulang dari IKBN setelah mengikuti usrah bersama jemaah pemuda Pas Miri....ust nik menyampaikan pembentangan tafsiran surah al-Kafirun ......pelbagai aspek yang disentuh samada dari sudut gaya bahasa mahupun sirah......selepas itu ada sessi perkongsian..komentar dan pendapat dari sahabat2 usrah yang lain...walaupun dua kali saya bersama mengikuti usrah ini...namun satu perkara yang saya sedar usrah ini berupa bentuk usrah kepimpinan....semuanya berkisar dengan islam menjadi pendokong dan pemimpin dunia...cita2 dan harapan...perancangan demi perancangan dan pelbagai lagi...

Selain dari beberapa persoalan yang mahu dijawab oleh para peserta ada juga beberapa jawapan yang tidak menjawab persoalan malah menambahkan banyak lagi persoalan dalam benak saya ni...namun ini hanyalah sebagai satu permulaan kepada satu perjuangn saya...semoga Allah pimpin diri saya..iman saya dan nafsu saya agar semuanya kerana mencari redha Allah......semuanya kerana mengejar cita-cita kepada Allah dan mengajak orang lain bersama2 mencintai Allah...semoga kita semua menjadi satu kaum yang Allah redha dengan mereka dan Mereka juga redha dengan mereka...amin

satu persoalan lagi yang timbul dalam diri saya ialah apabila ust nik membicarakan tentang definisi al-Musyrikin....ramai yang cuba menberikan definisi dalam menghuraikan maksud al-Kafirun...pelbagai pendekatan dan justifikasi digunakan untuk menghuraikan maksud al-'kafirun'............namun tiada siapa yang berani memberikan dengan muktamad dan jelas tentang apa itu 'kafir" semoga pertemuan yang akan datang akan memberikan input yang lebih jelas tentang sesuatu perkara..wallahu aalam

Monday, September 27, 2010

"bukan saya tak mau buat ...nanti apa pulak kata orang"



Assalamualaikum
Pagi ni satu perkara yang saya nak utarakan ialah tentang sikap kita menghadapi sesuatu isu ataupun masalah....

sepemerhatian saya...kita masyarakat malaysia...sedang menuju satu tranformasi pemikiran..bukan semenjak tema 1 malaysia diperkenalkan..bahkan semenjak kita mencapai kemerdekaan...bahkan jauh lagi...semenjak pejuang2 kemerdekaan memeperjuangkan kemerdekaan..kerana telah ada satu peralihan pemikiran dalamminda rakyat untuk menilai perkara dari pelbagai sudut...sudut yang dicakapkan bukan empat bukan lima bahkan lebih daripada yang dapat kita jangkakan...banyaknya sudut inilah yang menyebabkan banyaknya idea dan cara pemikkiran yang ada dalam masyarakat...begitu juga semasa nabi menyampaikan dakwah islamiyyah kepada masyarakat islam jahiliyah...pemikiran yang pelbagai ini wujud bukan sekadar dalam cara membina rumah , cara berniaga, cara melangsungkan kehidupan , cara mengembangkan ekonomi , cara menternak cara berkahwin bahkan kepelbagaian pemikiran ini juga wujud dalam cara penyembahan dan pengibadatan kepada Tuhan...masing2 mempunyai tuhan yang tersediri dan mahukan tuhan yang tersendiri...cara pengibadatan dan ritual sendiri...itulah etapa complicatednya pemikiran manusia....

Namunpun demikian...setiap percanggahan dan perbezaan dalam mengambil sikap sesuatu perkara , ataupun dalam cara menilai sesuatu perkara yang berbeza ini pasti ada titik pertemuan disana...namun timbul persoalan bagaimana nak mempertemukan perbezaan in dan bagaimana nak menyatukan pertelingkahan pendapat ini...tetap menjadi persoalan yang misteri manusia zaman berzaman...saya tak mahu menyentuh tentang penyelesaian perselisihan pendapat ini namun saya suka untuk membincangkan tentang sikap kita sehingga terjadinya perselisihan dan perbezaan tersbut

Bila timbul sesuatu isu...ada antara kita dengan cepat dan lantang mengkritik dengan pelbagai pandangan yang negatif dan tidak membina....bahkan kesungguhannya mengkritik sehingga membuatkan dirinya tidak mampu dan tidak mahu untuk bergerak kehadapan kerana terlalu bimbang dengan pelbagai perkara yang masih belum terjadi tetapi telah dijangkakan....sehingga terjadi satu keadaan " bukan saya tak mau buat , nanti saya buat orang kata pulak",...inilah sikap yang banyak menimpa diri kita...terlalu kritis berfikir sampai tak berani nak bergerak dan melaksanakan tanggungjawab dan menggerak jasad selari dengan minda dan idea yang kita cambahkan...bagi saya orang yang bersifat demikian adalah orang yang suka untuk berlepas diri dari segala masalah..orang yang mahukan mudahnya dalam gerak kerja dan tak sanggup menaggung risiko....baginya perjuangn yang benar tak patut ada tentangan kerana perkara yang benar tak boleh dan tak perlu dipersoalkan kerana ia adalah benar dan hak....dan pelbagai lagi alasan dan musabab yang menjadikan ia tak mahu berjuang dan takut untuk menggerakkan kerja kenabian dan kerasulan....itu masih lagi belum ditambah dengan perasaan dipersoalkan atas tindakan dan kerja buat juga sebarang keputusan yang telah , mahu dan akan ditetapkan....

Sepatutnya.......bila kita menghadapi sebarang rintangan dalam perjuangan dan kerja buat kita seharusnya kita mengambil sikap "we makes thing happen , we do not wait thing to happen" bila menghadapi masalah , pemikiran yang perlu kita bentuk ialah , membanyakkan alternatif2 untuk menyelesaikan masalah , mencambahkan idea untuk meneruskan kerja dan perjuangan kita agar kita tidak lemah semangat dan tida terus mati gerak kerja kita...sudah tentu pandangan masyarakat sekiling dan persekitaran perlu diambil kira...namun ,,prioriti yang perlu diletakkan ialah menjalan kerja dan program bukanlah mengambil kira "apa orang akan kata nanti" sekali lagi saya menegaskan bahawa penting untuk kita mengambil kira persekitaran namun prioriti mengambil kira persekitaran telah tersiap sedia dalam tindakan kita dan tak perlu dibincangkan dengan hebat sampai terganggu pekerjaan dan usaha kita mendidik manusia menuju redha Allah

Namun , ini hanyalah satu faktor ataupun satu perkara yang sering membelenggu pemikiran kita sehingga kita tak mampu dan tak mahu untuk bergerak dan menggerakkan diri kita dan orang disekeliling kita untuk mencari keredaan Allah......kita terlalu sensetiv terhadap orang lain sehingga kita hilangkan sensetif kita terhadap agama dan perjuangan kita sendiri....bukanlah saya menyeru untuk ita bersikap agresif ... tetapi apa yang saya serukan ialah kita perlu bergerak dan terus berjuang...mnyebarkan da'wah dan ajaran islam kepada masyarakat disekeliling kita.....perjuangan tidak boleh dan tidak seharusnya dihentikan kerana halangan dan rintangan yang sentiasa melanda...saya teringat pada satu kata-kata lagu "mengharap senang dalam perjuangaan , bagai mengharap rembulan di waktu siang" lebih kurang macam tulah liriknya.....

Ini hanyalah pandangan peribadi saya tentang realiti masyarakat dan pejuang2 yang ada disekeliling saya dan sepanjang saya cuba untuk bergerak dan menggerakkanperjuangan...kebanyakkan semua pemikiran ini pernah singgah di minda saya dan saya alami sendiri...namun apa yang saya dapati ialah..akhirnya kita sendiri tenggelam dalam perasaan takut dan bimbang yang berlebihan terhadapa perjuangan kita sendiri...akhirnya kita mengambil sikap dan cara...biarkan...biarkan....biarkan....dan lebih ironinya...sikap itu akhirnya memamah diri dan sikap kita sendiri...lebih teruk ia menjangkiti orang disekeliling kita.....bukan secara tak sengaja ...tapi secara sengaja...iaitu kita sendiri yang menanam sikap dan perasaan takut itu kedalam jiwa dan pemikiran orang lain dan masyarakat disekeliling kita......

Mudah2an sedikit cetusan minda ini dapat dicerna dengan positif oleh sesiapa yang membaca tulisan saya ini...apa yang saya mahu tegaskan bukan sikap negatif yang ada pada diri kita tetapi....tulisan kali ini menyeru kepada semua perjuang untuk terus berjuang...keluarlah...hidupkanlah masyarakat disekeliling anda untuk dekat kepada Allah....kesusahan dan ujian dalam perjuangn adalah lumrah para pejuang...para nabi dan rasul pun menghadapi ujian apatah lagi kita hamba Allah yang biasa lagilah hebat tentangan yang kita hadapi......semoga jawapan kita menghadapi Allah swt kelak berbunyi " ya allah , aku telah berusaha menyampaikan seruanmu walaupun aku telah ditolak oleh kaumku sendiri...bahkan aku dihina dan difitnah ... tetapi aku tidak pernah berputus asa dengan janji dan rahmatmu...sekali mereka menolak perjuanganku...seribu kali aku menyeru mereka...engkaulah sebaik-baik hujah..." wallahu'aalam

Wednesday, September 22, 2010


Kamera terbaru aku...siap dengan bateri Grip...semoga Allah berikan aku kekuatan untuk menggunakan kamera ini kearah kebenaran........amin

Mindan Yang Hebat

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah

Pagi tadi semasa perhimpunan...sessi membaca buku saya membaca satu buku bertajuk...motivasi kendiri....bahsanya mudah...gaya penulisan dalam bentuk yang kita sentiasa mahu membacanya....sedar tak sedar hampir 70 muka surat.....tumpuan saya tertumpu pada setiap patah perkataan yang digarapkan...penulis mengkategorikan minda kita kepada lima jenis iait

1. Minda Kelas pertama : sentiasa mencari idea2 baru (inovatif dan kreatif)
2. Minda Kelas Kedua : sentiasa bercakap tentang peristiwa-peristiwa
3. Minda Kelas Ketiga : Sentiasa bercakap tentang kelemahan dan kekurangn orang lain (suka mengkritik )
4. Minda Kelas Keempat : Minda yang tidak mahu berfikir untuk maju
5. Minda Kelas Kelima : Minda yang tidak menghasilkan apa2 dan tidak menyumbangkan apa2

Semoga sedikit perkongsian ini membina mida kita yang lebih cemerlang dan jitu untuk mengejar redha Allah

Usrah


Al-hamdulillah...hari ni kami sempat mengumpulkan sahabat2 di kawasan taman tunku untuk memulakan usrah...satu proses pembinaan karakter dan perkongsian ilmu serta membina ukhwah di kalangan ahli usrah...mudah2an Allah taala memberi semangat dan bantuan untuk meneruskan perjuangan ini....

Banyak isu yang dibangkitkan untuk sama2 ahli usrah mengmbil iktibar dalam masa mendatang...banyak sejarah2 diungkitkan untuk memberi pengajaran pada diri saya terutamanya dan pada ahli2 usrah amnya....peristiwa yang berlaku menjadi sejarah pada diri kita...untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran....kita sememangnya perlu memandang sejarah.....ambil iktibar dan pengajaran...namun sejarah seharusnya bertindak sebagai "booster" untuk kita bertindak dan merancang aktiviti pada masa hadapan.....namun...apa yang dibimbangkan tetap menjadi kebimbangan kita...dan apa yang dirancangkan tetap menjadi keutamaan kita...

Apa yang perlu dijadikan iktibar pada pandangan peribadi saya ialah...seharusnya...banyak perkara positif yang boleh kita sebut dan kita ambil daripada perkara2 yang telah berlaku....daripada kita mengungkitkan keburukan2 yang melemahkan semangat dan tidak membina semangat...lebih bagus kita membicarakan strategi dan teknik perlaksanaan agar program usrah ini dapat digerakkan mengikut perancangan yang lebih mantap dan jitu...

Apa yang saya mahu bangkitkan ialah .... cara kita memandang sesuatu isu dan cara kita menanganinya....kita selalu mengambil sikap...mengkritik...sudah tentu kritikan itu ada baiknya...namun kritikan yang tidak membina biasanya membunuh semangat dan keazaman untuk mencetus idea2 dan inspirasi baru...yang akhirnya menjurus kepada penguncupan organisi disebalik pengembangan organisasi....

lantaran...suka untuk saya melihat bahawa apabila kita menghadapi sesuatu masalah...perkara penting dan pucuk utama menjadi tumpuan kita ialah usaha2 dan perancangan kita untuk menyelesaikan daripada kita kepada perkara yang boleh membunuh semangat dan keazaman kita....semoga kita dengan bimbingan Allah swt...niat ikhlas untuk mencari ilmu dan keredhaan Allah...semoga usrah yang diwujudkan akan membina ukhwah yang diredai dan ummah yang terbilang...wallahu'aalam

Tuesday, September 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahaim
gatal jari jemari aku nak menulis semula dalam blog aku ni... lama sungguh aku tak menulis kat sini... hampir 8 bulan bermula dari awal tahun rasanya.............

Satu isu yang menjadi perdebatan di dalam mindaku kali ini ialah betapa jauhnya kita dengan Tuhan kita iaitu Allah... hari demi hari masa demi masa kita dihidangkan dengan pelbagai isu dan perkara yang kita hanya pandang sepi , tak mahu dan tak berani bersuara... kita hanya biarkan berlalu denga harapan perkara tersebut akan berlalu begitu sahaja. samada isu berkaitan agama kita , isu berkaitan jiwa kita, isu berkaitan roh kita mahupun negara kita

Dalam kelekaan kita mengejar kehidupan seolah2 kita telah melupakan kematian sedangkan kematian itu pasti datang menjengah , kita terus-menerus membelakangkan agama kita dan Tuhan kita iaitu Allah . kita suka mengambil sikap acuh tak acuh terhadap Tuhan kita serta hukum hakamnya.... Dia yang mencitakan kita kemudian kita tanpa segan silu bahkan bongkaknya membelakangkah hukumnya bahkan menempelak kebenaran serta kehujahan hukumnya.... inilah yang telah berlaku pada masa kerasulan dan kenabian dahulu... ayat2 allah serta perintah2nya diabaikan....

Begitu jugalah zaman manusia akhir zaman ini.... panduannya bukan lagi iman dan kitabullah.... segala yang berkaitan dengan Allah dan syariatnya disemptkan sesempit-sempitnya....tiada ruang dan peluang diberikan untuk mendidik manusia dan mahkluk allah yang lain untuk mengenal Allah .... kalaupun diberi hanyalah pada kadar dan masa tertentu dengan syarat yang tertentu....menbgikut ukuran dan sukatan nafsu.... maka bertambah jauhlah kita dengan pimpinan Allah s.w.t.

maka kembalilah kita ke zaman yang pernah kita semua kecam sebagai jahiliyah dan bodoh... ingkar dan takbur... mewah tetapi sombong dan mendustakan Allah serta ajaran rasulnya... manusia menjadi raja dan tuhan dihati manusia lain... manusia menjadi hamba kepada manusia yang lain.. seterusnya kita terus-menerus mengembangkan benih2 kesombongan dan kedambaan duniawi ini pada generasi2 yang baru bertunas... bertambah lagi kita jauh dengan Allah swt dan juga ajaranNya...

Jesteru,... benarlah apa yang telah dipesankan dan ditunjukkan oleh baginda kepada para sahabat yang hidup sezaman dengannya.....umat islam pada akhir zaman itu sangat banyak..seperti buih di lautan , banyak tapi tidak ada keampuhan dan kekuatan serta kualiti para sahabat ketika itu...lantaran untuk membantu ummat yang lemah itu baginda memesan kepada kita... aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalau sekalian kamu berpegang padanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.... namun semakin kita menjauhi kedua2 perkara ini sebenarnya semakin sesat kita dari pimpinan Allah dan Rasulnya,... semoga kita kembali kepada pegangan Nabi dan para sahabat ini..
wallahu'aalam

Friday, May 7, 2010

Jiwa Kosong


sesekali hatiku berdetik
untuk apa hidup...ke mana hidup... cukupkah hidup untuk makan kawen kerja ????
semua persoalan ni mengisi segenap kekosongan hati dan jiwa ku , hidup tanpa makna dan tujuan... dugaan dan ujian sentiasa menujui diriku.... berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya....cewah2

jauh dari sudut hatiku memikirkan sesuatu yang bermakna... sesuatu yang berharga...apa??? aku sendiri tidak tahu....kadang aku takut menghadapi realiti kehidupan yang sungguh kejam menghukum manusia zaman berzaman....

Allah lebih memahami hamba-hambanya yang benar insaf dan bertaubat....kesempurnaan sifat Allah ini tidak ada pada manusia...dan manusia payah untuk menerima hakikat bahawa manusia berubah dan dapat berubah...semua ini menjadikan aku makin memikirkan pelbagai situasi yang berlaku disekelilingku.... manusia disekelilingku berubah.... kemana arah perubahanku sebenarnya....menuju redha manusia atau redha Allah yang lebih utama....ku harap menemui jawapan kepada persoalan2 ini agar kekosongan jiwa yang ku rasakan sekarang akan terisi dengan sesuatu yang bermakna dan berharga... Ya ALLAH tolonglah hambamu...pimpanlah diriku dalam mencari redamu...ampunkanlah segunung dosaku.. yarabbal 'alamin

Sunday, April 4, 2010

35 Tips untuk menjadi pejuang yang hebat

Hari Jumaat yang lepas , saya dijemput untuk menghadiri satu sessi motivasi..saya diberi satu slot ceramah yang bertajuk meningkatkan daya saing dan semangat pejuang islam....di sini ingin saya kongsikan serba sedikit apa yang telah saya sampaikan , semoga ia menjadi panduan dan amalan kita bersama.....

1. Doa
2. Banyakkan Membaca Al-Quran
3. Bersikap Positif
4. Berfikir di Luar Kotak
5. Banyakkan bangun Malam
6. Amalkan Sunnah
7. Kurangkan ketawa banyakkan menangis
8. Hitung segala dosa , lupa segala pahala
9. Usah cepat merasa puas denga kebaikan , kejayaan dan kebajikan yang kita lakukan hari ini
10. Hari ini perlu dihargai , esok satu perancangan semalam satu penyesalan atau kebanggaan
11. Kehebatan seorang pejuang pada kepatuhan kepada Allah dan Rasulnya
12. Kurangkan angan-angan banyakkan amalan
13. Mimpi para nabi mimpi yang benar , mimpi ahli 'aasi mainan syaitan
14. Perancangan hari esok bermula semalam , hari ini kita melaksanakannya
15. Cintakan akhirat
16. Tuhan menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan , bertindaklah dengan cemerlang
17. Pejuang yang tidak berdisiplin berkemungkina tidak berdisiplin sepanjang hayat
18. semua orang mahu berjaya , tetapi segelintir yang berjaya kerana berjaya mengawal nafsu dan emosi mereka
19. Kita mudah lupa apa yang kita dengar , kita sekadar tahu apa yang kita lihat , tetapi kita akan ingat apa yang kita praktikkan
20. Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif
21. Dalam dunia ini . cuma kita berupaya mengubah diri kita
22. Apabila kita berubah semua orang akan berubah seiring dengan perubahan yang kita lakukan
23. Segala masalah berpunca daripada kita sendiri , kita sendiri yang perlu menyelesaikannya
24. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita , sekadar menanti untuk diserlahkan.
25. Orang biasa melakukan sesuatu yang luar biasa menghasilkan prestasi yang luar biasa
26. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanang kehidupan anda akan cemerlang
27. Kejayaan = Hidayah +ilmu + amal + Ikhlas + istiqamah +berterusan berubah secara positif
28. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan
29. Kegagalan adaah melakukan satu atau dua kesalahan berulangkali
30. Kegagalan yang berulang kali bukan lagi pengajaran tetapi pantulan sikap kita
31. Brsangka baiklah kepada Allah
32. Cintailah Allah dan Rasul melebihi segalanya

Sebenarnya , kita boleh , seorang pejuang yag hebat akan merasakan kewujudan Allah dalam tindak tandukny , nafasnya serta nyawanya , hidupnya kerana rabbul jalil , matinya juga kerana yang maha esa , Allah kurniakan kepadanya Halawatul iman dan istiqamah , kerana kesungguhan dan kemahuannya, bukan keran kesombongan dan kemegahannya , kemuliaan yang diterimanya adalah anugerah lantaran tawadduuknya , setiap pujian kembal kepada penciptanya , setiap cacian makhluk menjadi penyuluh jalannya , terimalah segala hinaan , kerana yang layak menerima pujian Adalah Allah s.wt.

Demikianlah sedikit perkongsian dari saya, semoga sama-sama menjadi inspirasi kita

Sunday, January 10, 2010

Workholic


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah :

28 hb menjadi satus ssejarah baru dalam hidupku....aku telah menjengah ke sekolah baruku....tak juga nama sekolah tapi nama kolej.....kagum aku pada hari mula persekolahan...sekolah elit katakan.....heheheheh.....hari pertama disekolah masih belum mula sesi persekolahan....semua dok sibuk mensyuarat..termasuk aku cikgu baru kene join sama meeting....dahsyat.....meeting yang penuh 'sibuk' i mean active...tak macam meeting dulu...hambar dan sepi...semua angguk-angguk geleng-geleng tunduk-tunduk....macam tulah lebih kurang.....:).....


Dah sampai sekolah baru...jumpa cik pengetua yang baru...jumpa pkhem...jumpa pk koko dan semuanya...aku dapat rasakan sumetin'...just like i not belong here...cewah...semua bergerak terlalu pantas....belum lagi sekolah dah macam2 tanggungjawab yang kene aku tanggung...kene jadi guru kelas....pastu kene itu kene ini...hm...dah nasib...tapi takpa aku macam biasa tetap tenang apajua......itu yang paling mustahak tu...kalau dok jadi kelam kabut habislah...apa pun tak dapat nak selesaikan nanti..


Pengetua baru aku seorang yang sangat 'workholic'...dia lah bagitau.....dia kalau tak datang sekolah buat kerja bleh kene flu....dia mesti buat sesuatu kerja dalam hidup dia sehari..kalau tak buat juga maknanya esok kena amik mc...hahahahah...macam tulah ceitanya...tapi pengetua baru aku ni pengetua cemerlang....memang cemerlang tengok cara dia uruskan organisasi kat sekolah ni...semua bergerak pantas macam dia....dia ada pesan saya tak nak guru saya jadi sumetin' like need to push then u will do ur work....ha...macam tulah lebih kurang dia cakap....dia nak kami semua ada inner will to make things happen....


Apa yang jelas bagi aku sekolah baru aku ni memberi aku satu erti yang sangat mendalam....walaupun aku masih belum dapat mencari nilai hakiki yang sepenuhnya terhadap sekolah ini aku berharap dari masa ke masa aku akan berjaya mencedok sedikit sebanyak ilmu pengetahuan untuk menjadi guru cemerlang di masa akan datang...mungkin bukan disekolah ini mungkin di sekolah lain....mudah-mudahan....wallahhua'alam...

Wednesday, November 25, 2009

Nikon D60


kamera baru aku baru beli semalam...harga 1999.....bangganya ada kamera SLR....hehehe

Saturday, November 21, 2009

Redeployment

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: Hari itu hari jumaat...saya sedang lepak2 dengan cikgu2 dan pelajar2...maklumlah dah nak abes sekolah..takde lagi kerja nak di buat....masing2 dok sembang2 tukar2 cerita...tiba2 masuk sorang ckgu...alvina nama dia..dia cakap...'ustaz....u dapat pindah" saya macam tak percaya je..."betul ke?" saya cuba menelah kenyataan dia tadi...cuba mencari riak2 gurauan dari riak mata dia tapi tak jumpa..."betul ustaz....u dapat pergi ke miri....kolej tuan haji bujang....surat ada kat pejabat"...saya tanya lagi..."betul ke ni alvina"......."betul la...dia bertambah serius dengan jawapan dia"...aku keluar dan bergegas ke pejabat...di tangan bos aku terpegang sepucuk surat...berdebar2 aku rasakan...."tahniah ustaz dapat pindah ke miri"...."ye ke"..sekali lagi aku menelah...cuba mencari sedikit lagi keyakinan....aku pegang surat tersebut dan membaca...sah aku dapat pindah ke miri...dalam hati kecil aku....."yessssssssssssssssssssss"

riuh kat pusat akses dan bilik guru aku dapat pindah....semua guru yang minta pindah antara bahagian tak puas hati...hehehhehe..aku tak minta dapat pindah...depa semua buat rayuan macam bolayan je ngan JPN ...hahahahha....aku mampu tersenyum ja....cikgu hasnah datang jumpa aku...."tak aci ustaz dapat pindah"....susie narok datang jumpa...ustaz senyum jak dapat pindah.....minta email...nanti nak challange sudoku...."ok2" jawab ku....antara percaya atau tidak...saya pergi jumpa pekerja yang paling cemerlang kat sekolah saya....siapa lagi kalau bukan encik ahmadie....apa saya nak buat ni madie...cam biasa...isi borang serah tugas...serta merta dalam masa setengah jam siap semua saya siapkan.....

Banyk lagi yang berlaku dalam kesuntukan masa tersebut...apa yang paling saya terkesan ialah semua ini begitu kejutan bagi saya....sebenarnya saya dah berserah untuk tidak berpindah..namun di penghujung pengharapan tersebut Allah makbulkan keingiinan saya untuk berpindah....yang lebih menyetuh hati saya ialah...minggu lepas saya dapat satu mimpi yang dalam mimpi tersbut saya dipindahkan ke miri...hari ni memang betul saya dapat surat berpindah tersebut...hehehe...syukur Alhamdulillah

Friday, November 13, 2009

Wang Ehsan....Royalti

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah:

Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan. Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.

Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan :

“Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”.

Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000. Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu.

Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan : “..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”.

Kesimpulannya ialah :

1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan.

2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.

3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi.

Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23106:presiden-pas&catid=83:presiden&Itemid=127

Suami yang setia dan sejati


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah:Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:

1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.

2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah salah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.

3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.

4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.

5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!

6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.

7) Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.

8 ) Rela menjemput

Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.

Tuesday, November 10, 2009

Kekeringan jiwa


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: assalamualaikum dan salam sejahtera...dah dua hari saya tak dapat nak buka internet sebab kawan saya pinjam saya punya broadband....pagi ni tiba2 hinggap di fikiran saya satu prasa yang menyebabkan saya terfikir sejenak...memikirkan kenapa ia hadir dalam kotak fikiran saya...bermacam soalan dan persoalan mula menjengah ke dalam minda saya apabila saya mula memikikannya.......ada yang dapat saya terjemahkan dalam kata-kata bentuk tulisan ini...ada yang hanya berlegar dibenak ini dan tidak dapat digambarkan....perkataan tersebut ialah kekeringan jiwa

Dulu , waktu saya bersekolah menengah dulu...kat sekolah agama...ustaz selalu cakap...manusia sekarang ni banyak yang lalai...banyak lagho...lupa tuhan kejar dunia...hidup hanya untuk kemewahan dan bermegah2....yang kaya sentiasa menindas yang miskin...yang miskin terus miskin....yang terbela hanyalah yang berada dalam kelompok yang sama...kalau lain 'kapal' tak payah cakap banyak memang orang tak pandang walaupun apa yang dibangkitkan dan dipersoalkan adalah benar dan tepat...itulah adat dunia.....waktu tu zaman hingusan...zaman ikut telunjuk....kalau ustaz tu kata A , A lah jawapannya di mana-mana pun,...tak reti dah nak kata A- ka A+ itulah metaforanya......

berbalik pada persoalan yang saya nak utarakan....mengapakan wujudnya sikap manusia yang sedemekian caranya...kenapa adanya rasa dengki dan iri hati..mengapa ada rasa nak mengambil kesempatan dan pelbagai lagi kegilaan....terdetik sekejap di minda saya...mungkin memang manusia sesempurna mana dia...dia dilahirkan bersama-sama sifat-sifat terkeji ini...tak kiralah siapa dia......mungkin juga yang popular selalu kita dengar....sebab manusia jadi macam tu ialah takde ataupun kekurangan ilmu agama....persoalannya...betulkah orang yang dah banyak ilmu agama takde langsung sifat-sifat terkeji ini.....dulu saya sering diingatkan oleh guru saya...kita ni muallim...ustaz....muaddib...kita kena tunjukkan peribadi yang mulia dan baik....sekarang ni baru saya terfikir...adakah kita ni nak menunjuk2 jadi baik depan orang ataupaun kita nak praktikkan baik itu dalam jiwa seharian kita......ataupun wujud sikap demikian kerana manusia merasakan itulah sikap yang diredoi dan diterima oleh sekalian masyarakat...ialah....maju...advance...terhadapan....itulah yang digambarkan oleh cerita-cerita barat yang menapaka kat industri layar perak kat malaysia ini....pelbagai lagi persoalan dan kemungkinan yang saya telah terfikirkan namun tak dapat nak dikongsikan kerana tak dapat saya nak gambarkan macamana.........

Namun setelah saya memikirkan lagi...satu yang dapat saya kesan....1.manusia ini memang tidak sempurna...siapalah dia...ustaz ka, ustazah ka, peguam ke..perdana menteri ka, ulama ka....mufti ke atau siapa sahaja yang pernah hidup kat dunia ni dan yang akan hidup kecuali para nabi dan rasul....2. Kenapa kita tidak sempurna ialah kita tidak seperti nabi dan rasul...nabi dan rasul mendapat bimbingan daripada Allah S.W.T. sebab itulah mereka ma'sum...takde sifat-sifat tercela...kerana nabi dan rasul itu membawa apa yang Allah mahukan...allah yang maha sempurna...Dia tidak mempunyai sifat2 kelemahan dan kedengkian yang ada pada manusia....3.Manusia sememangnya diiringi dengan sifat2 kelemahan dan kedengkian semenjak kita ni dilahirkan...sejak kita celik mata sahaja...semenjak kita mencecah ke alam dunia ini sifat itu telah mula mentunas dan makin membesar sejajar dengan kedewasaan kita...

Namun , apa yang lebih menonjol ialah manusia sebenarnya kekeringan jiwa....ustaz saya selalu berpesan....jiwa manusia ni selalu dahagakan sesuatu...kalau kita beri ia makanan meterial maka jiwa kita jadilah jiwa material, kalau kita isi jiwa kita dengan kedengkian , keinginan, ketidakboleh melihat orang lebih dari kita..maka macam tulah jiwa kita....namun , andai kita mengisi jiwa kita dengan makanan rohani...makanan para nabi dan rasul iaitu meletakkan kecintaan kepada Allah melebihi segalanya...maka semua jiwa2 yang sakit tadi akan terawat...andaian ini terlalu indah untuk direalistikkan, namun...sebenarnya itulah jalan para nabi dan rasul yang pernah hidup berkurun lamanya...itulah yang membuatkan mereka begitu kukuh dan utuh......rasa kecintaan tersebut telah hilang dalam jiwa2 manusia zaman sekarang....bukan setakat hilang tapi telah lenyap kerana kita telah dijembakan dengan keindahan duniawi ini yang terlalu manis untuk dilepaskan............inilah jiwa yang kekeringan......benihnya telah reput..maka pokok yang tumbuh juga pokok yang tidak sihat...tidak dapat bertahan lama..mungkin tidak dapat tumbuh tinggi lagi...ataupun tidak tumbuh langsung.....

Sebenarnya....jiwa manusia yang kekeringan sekarang perlu dibaja dan disiram semula.....jgn dibiarkan terus ketandusan...jangan dibiarkan terus layu dan kering.....carilah baja yang pernah meresap ke dalam jiwa para nabi dan rasul tersebut...takde yang lain melainkan kita kembali mengikuti dan menghayati hidup para nabi dan rasul terdahulu............wallahua''alam

Thursday, November 5, 2009


cover majalah sekolah yanng telah terpilih...hasil ciptaan saya...kini seluruh sekolah melihat , merasa dan memiliki majalah yang mempunyai "air tangan" saya...bangganya...alhamdulillah

Wednesday, October 28, 2009

The Judgement Day

For all these years we have been told by our great teachers that human being will perish...die....and soon after that we will revive to face the judgement day....that said in arabic as Yaumul Qiamah....since the pagan times....this judgement day has been a very taboo topic to the pagan high rankers and pagan community itself....pagan themself do not believe this day after all....to them there is no possibility the one who has passed away can be revive to life....if this could happen it's mean that all of their ancestor from the times of Abraham dan Ismail will be coming back to the holy kaabah......

While i was writing about this....my mind keep reminding me about a surah in holy al-Quran about the conflict among pagan in the age of the beginning of mesengger Muhammad.....in this surah name....al-Naba...that means the News....Allah told us that...human being in that times , is argueing about the possibility of reviving human being from dust to be a completely newborn human shape.....in their thought this is someting imposibble and cannot be done by anyone even by their worshipped god that time.....Allah recorded their behavior in this surah.....i simply translate it based on my poor english....in the name of the God the most merciful and the most Gracious....About What they're argueing....about the great news....the news that they're argueing....soon they will know about it...and then soon the will know about it...." sorry about the poor translation.....

Then my mind keep flowing by the beutifulness of this pefect surah....the first thing come to my mind is...the holy Quran itself is the main arguementation of pagans....in addition holy Quran keep revealed things that was forgotten by pagans that day...most of pagan has been practically the lifestyle of henodism and not the way that tought by Abraham and ismael....the rich take advantage of the poor...the "power" misused their power....man slaughter the girl...and women is no more human being......what a shameful dark history in arabic story....

to be continue.....:)

Friday, October 23, 2009

bajet 2010


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : semalam dato seri najib mengumumkan bajet 2010 yang bersaiz kecil kerana pada tahun ini sahaja kerajaan telah melakukan dua kali suntikan ekonomi lantaran kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh dunia . pelbagai reaksi rakyat menjengah setelah mendengar pembentangan cadangan bajet 2010 ini . semalam saya tak sempat nak mengikuti dari awal sehingga habis kerana menghadiri majlis akad nikah di kawasan saya ini .

Pastinya pemberian bonus hujung tahun memberikan sedikit harapan dan kepada semua penjawat awam dan pesara di malaysia ni...saya melihat ini sebagai satu hadiah yang diberikan oleh kerajaan dalam keadaan belanjawan negara yang defisit hampir mencecah 10 peratus...tahun ini juga kerajaan telah melakukan perbelanjaan yang besar iaitu pembelian helicopter dari eurocopter , dan pembelian kapal selam.....kerajaan juga kali ini berjaya menunaikan sedikit harapan penjawat awam melalui pemberian bonus tadi...

Namun , persoalan yang ingin dibangkitkan ialah adakah idea ini diterima oleh setiap rakyat malaysia dengan hati terbuka ataupun hati yang agak kecewa...parti pembangkang pastinya mempunyai hujah mereka yang tersendiri untuk menilai bajet kecil yang diperkenalkan pada tahun ini .... namun bagi saya apa yang perlu diamalkan oleh setiap kita ialah melahirkan rasa kesyukuran atas pemberian yang diberikan dan meneruskan usaha dan wacana untuk melahirkan kemajuan di dalam hidup kita ini....

wassalam

Sunday, October 18, 2009

fitnah dosanya lebih besar daripada "membunuh"


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: hari ni saya baru pulang dari rumah kawan saya...semalam saya pergi bermalam di rumah dia....maklumlah menumpang tgok astro jap...tgok EPL...hehehehe...

Apa yang saya nak kongsikan adalah kisah benar yang telah mejadi amalan masyarakat kampung dan masyarakat sekolah kat sekolah-sekolah kat kawasan saya duduk ni...berapa banyak sekolah daaa...heheheheeheh

Kawan saya telah difitnah oleh seorang guru senior di sekolah ini...dan namanya pun fitnah...dia takdelah melakukan usul periksa sebelum melakukan tuduhan tersebut....kawan saya yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasnya telah dilaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah dengan sengaja tidak melakukan tugas yang diberikan kepadanya....bertambah runcig masalah ini sampai ke telinga 'bos' dan telah memburukkan imej kawan saya tersebut.....

Kawan saya menceritaka beberapa siri perselisihan telah berlaku antara dia dan pembuat cerita tersebut....maka fahamlah saya....terdapat dua perkara yang menyedihkan saya dan membuatkan saya termangu seketika....pertama...perkara tersebut boleh diselesaikan denga meudah tanpa penglibatan pihak atasan kalaulah cikgu senior tersebut menegur kesalah kawan saya tersebut antara mereka sahaja dan menganngap kesilapan tersebut bukanlah disengajakan...dan memang kesilapannya bukannlah disengajakan ..namun dek kerana tak puas hati dan bersangka buruk maka telah melakukan satu dosa yang tak sepatutnya dilakukan...ishk3....keduanya....betapa cikgu tersebut seorang rakan sejawat yang senior...lebih lama dan lebih matang daripada kami sekalian guru-guru yang kurang pengalaman ini...namun dia telah mengambil satu sikap dan tindakan yang begitu menunjukkan ketidakmatangan dirinya dalam menghadapi situasi tersebut dan diantara memenangkan kepentingan diri sendiri ataupun membina jalinan yang baik dengan rakan sejawat di tempat kerja....hasilnya...dapatlah apa yang berlaku sekarang ni...guru-guru masing2 bercakaan dan memburukkan diri rakan sejawat yang lain...tiada rasa kepercayaan dan kehormatan pada sesama rakan guru...dan menyumbang kepada pecah belah dalam kalangan guru2 sendiri...

Hakikatnya....perpecahan memang sukar untuk dielakkan kerana setiap manusia mempunyai kepentingan sendiri ...namun satu yang harus dan dapat diterima ialah....faktor perpecahan tersebut dapat dielakkan dan jurang perpecahan dapat dirapatkan dan dikecilkan andai kita sama-sama mematangkna diri dan jiwa rohani kita dalam menempuh hidup ini agar kita semua dapat mencapai kejayaan...kesalahan orang lain yang kita sangka sengaja dibuat haruslah dinilai terlebih dahulu sebelum kita mensebar2kannya kepada orang lain kerana jika ia sesuatu yang tidak benar maka rugilah kita kerana menanggung satu dosa yang akan kekal berpanjangan sehigga ia berhenti........

Itu sahajalah yang saya ingin kongsikan....harap2 kita semua mendapat pengajaran dari kisah yang saya kongsikan ini...wassalam

Sunday, October 11, 2009

PTPTN....Pencekik darah


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : hari ni saya telepon PTPTN...nak amik tau tentang hutang...dah sepuluh bulan kerja tak teringat tentang hutang ni...heheheheheh...dengan penuh yakin saya telepon...bertanya dan bertanya maka dapatlah saya satu kepastian.....cekik darah....itulah yang mula2 menjengah ke fikiran saya....pendidikan percumalah....kerajaan mengambil berat terhadap rakyat lah....macam kerajaan lah....paling saya tak puas hati kerajaan mengambil berat terhadap rakyat.....

namun perkataan kedua yang terlintas di fikiran saya ialah PTPTN mengambil kesempatan terhadap kesempitan rakyat .... saya akui saya kurang berkecimpung dan mengambil berat tentang hal politik kat malaysia ni...namun saya juga sebagai seorang rakyat malaysia yang mahukan keadilan daripada pemerintah....dasar PTPTN sebenarnya mencekik darah peminjam-peminjam PTPTN kat malaysia ni...dulu masa berdebat dalam rancangan HUJAH...ptptn mengatakan kos 3% akan dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN.....murah bukan kalau anda meminjam 10.00 anda hanya perlu bayar 3sen sahaja...cuba gandakan jumlah tersebut....kalau anda meminjam 10'000 anda hanya perlu membayar 300 kalau anda meminjam 20000 anda hanya perlu membayar 600...sedikit ja kan...

tapi bukan itu sahaja...jangan tertipu...ada kos tersembunyi....anda meminjam sebanyak 20000 sekarang sudah menjadi 20 600...setiap bulan anda akan dikenakan lagi kos pentadbiran sebanyak 3% lagi daripada seluruh pinjaman tersebut.....ertinya jumlah 20600 akan bertambah lagi kalau anda terus tidak membayar setiap bulan...iaitu menjadi 20651..setiap bulan akan dikreditkan ke akaun anda sebanyak RM51 lagi....kalau anda seorang memang sedikit tapi kat malaysia ni puluh ribu peminjam ptptn...dah dapat interest 3% bulan ada cas lagi 3%...dah macam beli keta ni...lebih menceki lagi...kalau anda dah bayar pun anda tetap dikenakan lagi kos pentadbiran sebanyak 3% setiap bulansampailah ke titisan hutang yang terakhir....begitulah gamaknya adilnya PTPTN kepada peminjam kat malaysia ni...cara bijak menabung dan mengumpul duit rakyat....aduhai2

Peminjam2 ptptn terus dicekik secara rela paksa...terjerat dengan pinjaman yang mereka tandatangan sendiri...lebih ironinya pihak kerajaan meluluskan pinjaman kapitalisme ini...kemudian PTPTN bersembunyi di belakang tabir atas nama menolong rakyat....saya tak tahulah anda yang lain , bagi saya ini ibarat menolong dan meminta balasan secara paksa...kebajikan yang dijanjikan..pendidikan percuma yang dijanjikan hanyalah janji manis yang sentiasa ditaburkan dengan memasang jerat kepada rakyat sendiri untuk keuntungan "mereka-mereka" yang berkenaan...

Kasihanlah kita peminjam2 ni yang telah tertipu pada pandangan saya.....aduhai tipah....tipah tertipu lagi.....ntahlah kalau anda tak menyedari ini tapi saya rasakan inilah penipuan hebat yang terancang dan yang dibenarkan.....geram2....wallahua''alam

Friday, October 9, 2009

tsunami.....padang...gempa bumi....samoa....

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah....seluruh dunia sedang meratap lantaran peristiwa yang menyayat hati....gempa bumi di bumi Padang dan tsunami di samoa....telah meragut ribuan nyawa...merosakkan banyak harta benda dan mencederakan yang lainnya.....saban hari saya membaca surat khabar banyak yang dilaporkan...sehingga tak sanggup saya melihat gambar-gambar yang di paparkan kerana terkenangkan sesuatu peristiwa....

sejenak saya berfikir dan terfikir...kenapalah berlaku semua ni....banyak nyawa melayang sia-sia...puas saya berfikir....yang saintisnya memberikan sebab dan musababnya...yang ustaznya menceritakan ini bala daripada Allah....dan pelbagai lagi yang singgah di pendengaran saya ni....namun saya suka melihat ini sebagai satu proses....."the proses"

saya suka memetik apa yang telah dirakamkan di dalam al-Quran....dalam surah al-Waqiah....dalam surah ni banyak telah Allah ceritakan.....bukit-bukit di terbangkan....seperti debu-debu berterbangan.....ibu-ibu yang sedang menyusukan anak meninggalkan anak tersebut...dan banyak lagi...rujuklah dalam al-Quran......lantas saya segera berfikir.....dulu saya terfikir-fikir mampukah gunung-ganang diterbangkan....langit diruntuhkan....dan sebagainya peristiwa kiamat yang sangat menakutkan dan sangat aneh itu...

setelah melihat kepada apa yang terhadi sekarang fahamlah saya...bahawa semua itu adalah mudah bagi Allah....kita seharusnya mengambil dua sikap dalam peristiwa bencana alam ini....iaitu kita di malaysia harus bersyukur kerana tidak ditimpakan dengan bencana ini...janganlah kita lupa untuk melahirkan kesyukuran dan memanjatkan doa agar kita tidak dikenakan bala bencana ini sebelum kita menemui kiamat....sikap kedua pula ialah kita hendaklah sedar....bahawa bencana alam yang terjadi ini sebenarnya satu proses untuk kita menuju kepada alam akhirat..... proses ini berlaku mengikut tingkat-tingkat yang telah ditetapkan supaya apa yang diceritakan dalam al-Quran itu benar-benar berlaku....

Tak lama dulu kita sibuk dengan masalah jerebu....ini juga disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-dhukan...pernahkah kita mengambil sikap kesedaran akan amaran allah....kemudian kita di landa tsunami..gempa bumi...ini juga disebut oleh Allah dalam surah al-Zalzalah...maka saya berpendapat bahawa sekali lagi kita diingatkan oleh Allah agar segera bertaubat dan melakukan ibadat kepadaNya...kerana qiamat itu makin dekat...setiap saat kita diberikan peringatan dengan bala bencana di seluruh alam ini....bersediakah kita menghadapi Rabbul jalil.....mahukah kita msih menunggu sehingga sangkakala ditiup barulah kita mahu berebut-rebut mengejar syurga Allah...sama-samalah kita memikirkannya.....wallahu a'aalam....

Friday, October 2, 2009

You Came To Me

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me, took my breath away
Showed me the right way, the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you

CHORUS (x2): ALLAHUMA! Sal 'ala Sayideena Mustafa
'Alaa Habeebika Nabieeka Mustafa
(O God! Send Your Blessings upon our leader, the chosen one (Muhammad (peace upon him))
Upon Your Beloved, Your Prophet, the chosen one)

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without you what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I'd sacrifice
For you I'd give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want is to be with you

CHORUS (x2)

Showed right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH (O Messenger of God (Muhammad (peace be upon him))

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my one true love
Taught me to never judge
Now all I want is to be with you
(To Beautiful to Translate)

Mother

Blessed Is Your Face
Blessed Is Your Name
My Beloved
Blessed Is Your Smile
Which makes my soul want to fly
My Beloved
All the nights and
all the times that
you cared for me
but i never realised it
and now it's too late
forgive me
now i'm alone fill with much shame
for all the years i coused you pain
if only i could sleep in your arms again
mother
i'm lost wihout u
you were the sun that brightened my day
now's who's going to wipe my tears away
if only i knew what i know today
Mother i'm lost without you
Umma......umma........umma......
Ya Ummi.....
wa syauqatu....ila ruu'yaa ki...ya ummi.....
ahhh......ummuka.....ummuka....ummuka...ummuka......
qaulu rasuuulika....
ahh.....fi qalbi....fi hulumi....
anti ma'ii ya ummi...
ruuhti wa taraktini....
ya nurul aini yaa..........
ya umsa laili yaa....
Ruhti wataraktini....
man siwaki....yahzununi
owhh....man siwaki yassuruni...
ahhh....man siwaki yahrusuni.....
'afwaki ummi
samihi......
(Too Beatiful to Translate)


Sunday, September 27, 2009

Kenali diri Anda(Pasti Anda Terpegun)


Sebelum anda mengikuti ujian ini, pastikan anda
1.Memiliki kertas dan Pen
2.Menenangkan hati anda
3Cuba mengikhlaskan hati dan menjawab mengikut gerak hati anda
4.tidak meniru jawapan daripada orang lain
5.Menganggap ini sebagai satu kajian sahaja bukan sesuatu yang benar , adakalanya ia bertepatan namun adakalanya ia bukan seperti apa yang sebenarnya.
Jika anda teah bersedia mulalah mengambil ujian ini...........
Cuba anda bayangkan dalam fikiran anda kisah yang akan diceritakan ini........
Kisah ini bermula dengan.......
Anda berjalan didalam hutan...sedang asyik anda berjalan anda ternampak sebuah rumah....apa yang anda terbayangkan...
1. Pintu Tertutup
2. Pintu Terbuka
3. Pintu separuh terbuka separuh tertutup
Kemudian anda msuk kedalam rumah tersebut , terdapar sebuah meja. apakah bentuk meja tersebut
1. Bulat
2.Segi Empat
3.Segitiga
4.Banyak segi
Kemudian , di atas meja tersebut terdapat sebuah Jug. Jug tersebut diperbuat daripada apa
1. Kaca
2.Plastik
3.Besi
Kemudian anda keluar daripada rumah tersebut , anda berjalan dan menemui sebuah kolam. Dalam kolam tersebut terdapat satu syiling lama, anda pun...
1.Mengambil syilin tersebut
2.Membiarkan syiling tersebut
Anda terus berjalan lagi , dan menemui sebuah jambatan. jambatan tersebut diperbuat daripada
1.kayu
2.besi
3.konkrit
4.ranting
5.plastik
Anda terus berjalan lagi, anda ternampak pula sebuah istana. istana tersebut
1. Cantik
2. Buruk
Anda teruskan berjalan dan anda menemui sebuah kotak, kotak itu
1. Besar
2.Sederhana besar
3. Kecil
Anda berjalan lagi dan anda nampak dari jauh seekor kuda. kuda tersebut berwarna
1.Putih
2.Hitam
3. Kelabu
4. Coklat
5.Merah
kuda tersebut sedang.......
1. Duduk Diam
2. Berlari
Tiba-tiba hujan turun , anda pun memilih untuk
1. Sembunyi di bawah jambatan
2.Sembunyi dalam Kotak
3. Berlari dengan kuda

Saturday, September 26, 2009

LCCT ke K.Kinabalu

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: pagi ni seawal jam 3 pg saya dah bangun tido. dari rumah kak saya di bandar sri damansara saya bergerak ke LLCT di seremban.....jalan memang sunyi dari sg buluh..sesampainya di LCCT masih lagi sunyi...tup-tup tiba2 suasana bertukar jadi gamat.....nuuuuun kat ujung sana ada dengar budak nangis...sebelah sini pula sibuk orang dok chek in bagasi masing2...macam2 halatuju ada...ada yang nak ke luar negara ada yang jalan2 dalam negara sahaja....di mana ada dinding di mana ada tiang disitulah adanya orang dok bersandar....adanya para perantau yang dok terbaring menunggu masa na chek in barang....pagi ni flight saya jam 6.50 pagi tapi macam biasa jam 4 saya dah sampai ke LCCT ni...rupanya bersepah lagi yang dah lama dok lepak kat lcct ni....cuma aku ja tak tau.....ingatkan kalau mai awal takde orang rupanya meleset sama sekali pandanganku......abang polis dan abang imigresen sibuk menjalankan tugas masing-masing tak kira masa dan waktu tak kira oenat dan lelah......aku tercari-cari kot2 adalah kenalan yang aku kenal tapi tak terjumpa....yang aku jumpa mat salleh yang pakai seluar pendek dan sebagainya.....aku mula terpikir macam yang selalu aku pikir.....di manakah aku ni....di malaysia ka di luar negara kah....manusia ramai tapi kurang yang bertegur sapa...masing-masing sibuk dengan hal sendiri...masing-masing ada sahaja kerjanya...macam aku juga.....heheheheh......yang lebai bermasam muka....yang orang putehnya riuh sedia....yang pak itamnya sibuk dengan teleponnya...macam ada bisnes besar gamaknya...akhirnya kita sendiri terperangkap dalam dunia yang kita cipta sendiri.....dunia penuh dengan warna warni.....dunia penuh dengan tipu daya...dan dunia yang penuh dengan dosa dan noda....kita lupa pada fitrah yang Allah kurniakan pada manusia.....iaitu kebaikan....kasih sayang....kesucian...dan keharmonia....inilah fitrah yang telah kita tinggalkan berkurun lamanya....wallahu a'aalam

Wednesday, September 23, 2009

Part 4: Jahiliyyah Moden vs Jahiliyyah Kuno

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: Kita selalu dengar banyak ustaz2 sebut perkataan jahiliyyah dalam ceramah2 mereka....orang arab dulu jahiliyyah katanya....bodoh...dungu...tak tau ape2....itulah yang selalu mencanang dan terngiang2 di telinga kita.....sampai kita betul2 percaya mereka betul2 bodoh.....buta perut bak kata orang utara.....buta hati.....ada mata tapi letak di kepala lutut.....macamtulah kita selalu digambarkan.....saya nak kongsikan satu cerita..sepanjang perjalanan saya pulang dari bumi kenyalang ke tanah melayu di semenanjung ni...al-kisahnya bermula bila tibanya saya di LCCT..sedang saya berada si dalam bas hendak menuju ke KL Central(KL Sentral) maka duduklah saya di dalam bas sebelah tingkap....kebetulantakde lagi orang dok kat situ...sedang saya merehatkat batang tengkuk saya menyandar ditingkap yang tidak dapat berbuka itu....maka terpandanglah saya empat orangmakhluk tuhan yang diciptakan dengan penuh kecatikan, dihiasi dengan kelembutan dan kasing sayang....namun semua itu lenyap bila saya terpandangkan gelagatnya....dicelah2 manusia ramai tu.adalah 4 orang gadis penerbangan berbaju merah...sedang menuggu bas sama macam yang lain....yang menyedihkan dan menterkejutkan saya ialah...semua gadis melayu yang terkenal dengan sopan santun itu memegang sebatang rokok yang berasap dan menyala....mulanya saya sangkakan mata saya silap memandang...saya kebilkan mata saya.gosok mata saya nyata apa yang saya nampak itu benar...semua gadis tersebut tanpa segan silu merokok dikhalayak ramai...berskirt merah berkepul2 asap rokok dihembus dari mulut masing2...takde rasa malu lagi...itulah yang membuatkan saya terpikir...majukan kita...keluarkah kita dari takrif jahiliyyah yang sering kita hinakan pada orang arab yang dahulu...sedangkan kalau kita melihat semula pada sejarah zaman arab jahiliyyah...zaman mereka penuh dengan kebanggaan dan kesenian..kehormatan dan kedaulatan..penghormatan pada pemimpin dan kebangsaan...tetapi mereka dicap jahiliyyah kerana menyembah pada tuhan yang diberanakkan oleh tangan-tangan mereka dan membunuh zuriat-zuriat mereka yang perempuan tanpa belas kasihan...hakikatnya kalau kita melihat kepada zaman sekarang sama sahaja apa yang kita lakukan pada zaman ini berbanding dengan zaman jahiliyyah...kita juga membunuh, mencuri, menzalimi kaum perempuan , kita juga memakan riba....yang kaya menindas yang miskin...yang kuat membuli yang lemah......bahkan kita juga percaya kepada perkara-perkara khurafat dan seribu satu macam perkara jahiliyyah yang prnah berlaku dahulu kala....patutkah kita juga disebut sebagai jahiliyyah moden??????soalan ini sengaja saya bangkitkan....sebenarnya kita perlu kembali kepada ajaran yang pernah dibawa oleh nabi...kembali mengamalkan secara telus dan tulus dengan apa yang nabi dah ajar pada kita...kembali pada perkara asas....sebab kita selalu dengar...kalau dah sesat diujung jalan..kembalilah ke pangkal jalan supaya dapat kita lihat apa kesilapan yang telah kita buat sehingga kita tersesat di penghujung jalan tersebut...wallahua'lam....

Wednesday, September 16, 2009

Part 3: Iman


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : Iman itu adalah kepercayaan....iaitu rasa percaya..rasa ada....rasa mempunyai dan rasa dipunyai...percaya adanya Allah....tuhan yang esa...rasa percaya menjadi milik Allah dan mempunyai Allah...dulu nabi dan sahabat-sahabat memegang perkara asas ni dengan begitu yakin...walaupun tak nampak di mata tak rasa di tangan dan tak dengar di telinga mereka tetap percaya....dulu bilal bin rabah hampir-hampir gugur stahid sebab mempertahankan keyakinan ni...umaiyyah mendera dia semata-mata nak dengar pengakuan ketidakpercayaan kepada Allah..ataupun dalam bahasa yang mudahnya nak dengar bilal itu murtad....macam tu juga suwayyah dan yassir...bezanya mereka berdua ni syahid kerana mempertahankan "kepercayaan" ini.ataupun dalam bahasa benarnya akidah ini..demikianlah halnya kekuatan iman yang ditanam oleh nabi...ajaran tersebut masih baru dikenal walaupun hakikatnya telah lama wujud tetapi sengaja dilupakan....tetapi umat islam zaman permulaan begitu benar kerana mereka yakin akidah islam itu dapat membawa keamanan dan keadilan kepada penduduk mekah pada ketika itu...sanggup bergadai nyawa dan raga...untuk menyebarkan dan mempertahankan akidah tersebut...maka bermulalah episod peperangan antara orang islam dan musyrikin mekkah...bermula dengan badar al-Kubra sehinggalah ke bukit uhud..peperangan ahzab di madinah...dan berbagai-bagai lagi...bukan islam yang memulakan peperangan tetapi ketika itu islam diancam dengan serangan maka terpaksalah sekalian-sekalian hamba Allah yang bertaqwa ni mempertahankan agama , diri dan negara kerana Allah....dah sekarang ni..kita yang celik-celik dah nama islam....agama pun islam...sedap-sedap nama mak ayah bagi nama islam....tup-tup kita dengar sana sini ornang islam sendiri buang agama dari diri...memilih agama lain sebagai way of life....kerana rasa tak percaya dengan agama sendiri....rasa ragu-ragu dengan agama sendiri.....sampaikan dengan mudahnya menggadaikan agama untuk agama lain......banyak sangat kes murtad kat malaysia ni sampai tak dapat nak sebut dan sedihnya media tak berani membuat liputan kerana takut menimbulkan isu perkauman dan sebagainya.....akhirnya agama sendiri tergadai sedikit demi sedikit....bersamalah kita kembali mengingati dan menghayati apa yang diajar oleh nabi iaitu mempertahankan agama untuk kita menuju kepada Keredaan Allah.....tunjukkanlah nilai islam itu dan bayangkanlah ia dalam kehidupan kita sepenuhnya....semoga kita menemui nilai keimanan yang pernah disentuh dan dimiliki oleh para sahabat ajmaa'iin...wallahua'alam

Monday, September 14, 2009

Part 2 : Islam


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : hari ni saya sempat melihat semula satu cerita yang pernah box office dulu....cerita bertajuk...MUT ( Muhammad Utusan Terakhir)......setiap baris cerita tersebut disusun dengan indah...story board....bunyi...cara lukisan kartun dalam cerita tersebut....ops.lupa pula saya nak bagitau....cerita ni cerita kartun tentang sejarah islam...bermula zaman kerasulan sampailah kewafatan nabi....walaupun sasarannya adalah golongan kanak-kanak....namun isi kandungannya begitu mantap sehingga tersentuh jiwa saya....menitis air mata saya bila benar-benar menghayati bait-bait skripnya....apa yang saya temui ialah betapa islam is the way of life begitu nyata pada saat tersebut....islam bukan hanya pada keindahan tutur kata rasul dan para sahabat...islam juga dapat dilihat pada perilaku dan cara percakapan baginda dan sahabat....sahabat di ajar oleh baginda islam yang hakiki.....kuat melekat ke dalam jiwa para sahabat....salah satu babak yang begitu menyentuh hati saya ialah ketika awal penyebaran islam oleh rasulallah secara sembunyi....maka nabi pun bersabda.....semua tuhan di mekah tidak ada kuasa...cuma ada satu tuhan...tuhan kepada nabi ibrahim , musa dan isa...dan kamu mesti menyerah segala-galanya kepada Allah....tiada beza antara kaya dan miskin....semuanya sama...yang miskin tidak boleh dicemuh ataupun dihina.mereka mesti dibantu...menurut al-Quran....yang paling mulia baginya ialah seorang hamba yang soleh...wanita bukan barang milik..mereka ciptaan Allah dan sama pentingnya seperti seorang lelaki....hormatilah mereka..bumi ini kurniaan tuhan berbuat baiklah padanya...kamu adalah penjaganya dan ingat kamu akan dihisab mengikut amalan kamu...setelah tamat baginda menyampaikan ucapan baginda.....ramai yang mengucapkan kalimah syahadat kerana kepercayaan kepada ajaran baginda yang suci....bila dikenang-kenang inilah kekuatan seorang nabi..mampu membuka pintu hati mereka yang mahukan kebenaran dengan kata-kata yang benar.....ucapan tadilah telah memikat hati banyak hamba-hamba dan orang miskin....bahkan juga telah menarik minat Saidina hamzah untuk beriman dengan ajaran nabi muhammad...bersamalah kita memikirkan dan menginsafi betapa mulianya budi pekerti nabi sehingga mampu mengubah setiap manusia yang melihat baginda sahaja......wallahu'aalam

Saturday, September 12, 2009

Part 1 : Islam


Untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: Banyak yang kita dengar....islam...islam....islam...semenjak zaman nabi dibangkitkan sampai nabi wafat..pastu lahirnya ilmuwan2 islam sehinggalah zaman ulama' mutaakkhirin...islam sentiasa dibahas..samada oleh orang islam mahupun orientalis....ada yang berusaha mencari kebenaran ....tak kurang juga yang mengkaji untuk mencari kelemahan yang tidak wujud...kekurangan yang tak pernah ada pada agama suci ini......membawa satu ideologi ketuhanan yang suci...iaitu ideologi yang datang dari zat yang agung.....ideologi yang origin...yang asli dan satu...tidak ada yang seumpamanya....ideologi ini juga sempurna.....sewaktu zaman jahiliyyah....manusia hidup dalam kegelapan akidah...kegelapan sosioekonomi dan segalanya...zaman gelap itu dinamakan jahiliyah.....dicelah2 kegelapan itu muncullah zaman kenabian dan kerasulan nabi dan rasul yang agung...zaman Nabi Muhammad.....sewaktu kelahirannya membawa kegembiraan...kedewasaannya membawa kebanggaan dan waktu kenabiannya membawa cahaya keimanan dan ke jalan yang benar.....benarlah apa yang disebut dalam al-Quran..."tidak kami utuskan kau muhammad melainkan untuk membawa rahmat keseluruh 'alam"........Setelah kita melihat kepada sejarah kemanusiaan pada ketika itu....benarkah mereka boleh dianggap jahiliyyah secara keseluruhannya...."totally stupid"...tiulah yang kita sentiasa dicanang....hakikatnya walaupun mereka dianggap jahiliyyah...namun masyarakat arab pada zaman itu telah mewujudkan empayarnya sendiri...pandai melakukan trading...melakukan hubungan dua hala dengan banyak negara pada zaman itu...hubungan baik dengan Raja Najasyi di syam..dan beberapa negara lain...jahiliyyah mereka ialah kerana mereka menyembah banyak tuhan yang mereka buat dengan tangan mereka sendiri.....mereka meninggalkan tuhan yang diajarkan oleh nabi Ibrahim....mereka menyerahkan jasad mereka kepada manusia.....mereka menzalimi wanita dan mereka membunuh anak-anak wanita mereka....inilah yang menyebabkan mereka dianggap masyarakat jahiliyyah....hidup dalam kejahilan tentang nilai keagamaan dan nilai kemanusiaan...lantaran itu nabi muhammad dibangkitkan untuk menyuluh manusia yang dalam kegelapan jahiliyah kepada cahaya keimanan...daripada penyerahan jiwa dan raga kepada manusia agar "islam" iaitu menyerahkan diri kepada Allah secara seluruhnya...jiwa, raga , harta dan nyawa..kepada Allah..tuhan Kaabah yang sebanar yang tidak ada tuhan sepertinya di alam semesta yang maya ini......ganjaran...syurga yang tidak dapat dibayangkan....keredaan yang tidak dapat diceritakan...dan kebahagiaan dan ketenangan yang sungguh hakiki di dalam jiwa.....oleh itu..inilah yang sentiasa diajak oleh nabi ketika itu..iaitu islamlah kamu....iaitu serahlah diri kamu kepada Allah dan rasulnya tanpa mengharapkan balasan....kerana sesungguhnya jika kamu menyerahkan diri kepada Allah tanpa kamu minta Allah akan memberikan balasan lebih daripada apa yang kamu minta di dunia ini....islam is the way of life....Allah is the way of life.....

Thursday, September 10, 2009

Malam Tujuh Likur

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: Ramadahan hampir ke ujungnya....10 malam terakhir yang dijanjikan dengan seribu bulan kebajikan...terdapatnya malam lailatul qadar..lailatul qadar satu misteri yang sentiasa dijawab namun tidak menemui kepuasan apakah sebenarnya malam tersebut.....arakian buat sekalian kalinya ramai ilmuan islam terus membentang hujah....menajam fikiran menyampaikan maksud malam ini..namun tiada yang benar-benar manjawab malam tersebut....semuanya berbentuk andaian dan retorik yang berdasarkan kepada fakta yang sahih.masih lagi hipotesis...Allah sendiri menyatakan kita tidak mengetahui bilakah berlakunya lailatul qadar.namun ilmuwan islam pantas 'membantu' dengan menyenaraikan tanda-tanda malam tersebut.....banyak hujahnya....banyak mehnahnya...dan sememangnya banyak pengharapannya....ada yang bagai pungguk rindukan bulan....ada yang bagai mengharap bulan jatuh ke riba....dek kerana mahukan malam lailatul qadar ini....bagi anak-anak muda warga kota..yang asyik dengan nafsu serakahnya...leka dengan ajakan nafsu yang lainnya.....bagi mereka ramadhan yang datang tak ubah macam malam2 yang lain..bezanya puasa di siang hari sahaja........itu pun puasa makan dan minum sahaja....puasa mata, puasa telinga, puasa mulut dan semua anggota yang lain bagai tak terkesan pada bulan ramadhan ini...marilah kita menginsafkan diri sempena sepuluh malam terakhir ini untuk mengejar malam lailatul qadar..malam yang dijanjikan..malam yang dinantikan ..setahun hanya sekali...wallahuaalam

Sunday, September 6, 2009


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah :


MADRASAH RAMADHAN


Ramadhan menjengah lagi

saban malam hidup Rumah Allah ini

sayup-sayup kedengaran rintihannya

tetapi

riuh juga terdesing bunyi mercun...

meriam..

dan ketawa

kanak-kanak

setiap malam adalah malam yang istimewa

yakin

tiada hantu mahu jembalang

tiada nafsu mahu syaitan

namun ada juga yang kecundang

walaupun dirinya bukan lagi kanak-kanak

Ramadhan

siangmu adalah cabaran

malammu adalah pengharapan

awalmu adalah rahmat

penghujungmu adalah segunung rahmat

dalam diam aku hampir

hampir menuju ke punghujunhnya

penghujung yang selalu dikesali

permulaan yang selalu dilupai dan

jarang untuk dihargai

kecuali bagi mereka yang benar-benar menyedarinya

tapi

aku lupa pada malam-malamnya

apakah masih ada ruang

ruang untuk aku kembali kepada ramadhan

ramadhan 24 kali yang sudah

mampukah aku untuk mengharungi lagi 24 ramadhan

owh jiwa

oh raga

oh nafsu

oh hawa

oh tuhanku

oh ramadhanku

akulah hamba Allah yang rugi

rugi melepaskan ramadhan

pergi dan tidak disapa

madrasah yang dipandang sepi

madrasah yang penuh dengan rahmat

tapi

aku isi dengan ketawa dan hilai

tiada padanya tangisan dan penyesalan

Ya Rabbi

buta mata vs buta hati


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : hari ini hari ke tujuh belas ramadhan...hari nuzul quran.....hari yang bersejarah al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad di gua hira sewaktu baginda sedang bertahannus......mendekatkan deri kepada Allah dengan ajaran nabi ibrahim...baginda duduk berseorangan dan memohon keampunan daripada Allah....baginda seorang yang mulia dan rendah diri sehinggalah datangnya Malaikat jibrail kehadapan baginda dan menyatakan perlantikan rasul terhadap baginda...baginda dikurniakan al-Quran sebagai syifa', furqan dan yahdi ilan nur....al-Quran itu bersifat cahaya.menerangi kegelapan...membantu manusia membezakan antara yang baik dan buruk....dan sebagainya.....namun sedihnya walaupun al-Quran sudah diturunkan berzaman lamanya..masih ada ada diantara kita yang tak dapat mencelikkan hatinya sepertimana dia mencelikkan matanya untuk melihat kemuliaan rramadhan ini....untuk menginsafi keberkatan dan keampunan yang dikirim bersama bulan mubarak ini.....saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang berlaku di tempat saya ni...ada seoran p.cik buta...saban hari dia datang ke masjid seawal jam 5 petang dulang selewat jam 9 malam , dia berbuka di masjid bersembahyang maghrib dan isya' berjemaah serta berterawih bersama-sama.......setiap hari saya duduk disebelahnya untuk sembahyang bersama-sama dengan dia.....selalu saya lihat wajahnya......denga penuh pengharapan dia berdoa kepada Allah....tanpa rasa jemu.....tersentuh jiwa saya semalam bila saya bersembang dengan orang masjid......mereka mengatakan macamtulah p.cik buta tersebut...saban tahun bila tiba ramadhan....dia akan datang berbuka di masjid...perlahan-lahan jalan kaki dari rumahnya dan pulang lewat malam.....baginya tiada beza antara siang dan malam melainkan bayu malam yang bertiup sejuk....menariknya...dia pernah bercerita bahawa dia bercita-cita untuk membeli beca agar senang dia minta anaknya bawakan dia ke masjid untukbersembahyang terawih...demikianlah betapa matanya yang buta tidak membuatkan hatinya turut buta...bahkan hatinya tetap celik untuk mencari rahmat Allah dan mengejar kemuliaan ramadhan....jadilah kita macam p.cik yang buta mata ini..tetapi hatinya nampak jelas kemuliaan ramadhan....semoga kita menjadi sepertinya.....ramadhan kareem....wallahu'aalam

Sunday, August 30, 2009

terawih....ramadhan dan iftar

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: ramadhan kareem.......itulah yang menjengah ke setiap bibir umat islam yang mahukan syiar islam berkembang........selama sebulan inilah kita diberi kesempatan yang sungguh banyak untuk melipatgandakan amalan......membanyakkan ibadat sunat dan membaca amalan.tak kurang juga antara kita yang sibuk melipatgandakan lipatan2 di perut.....kerana asyik-masyuknya menyambut juadah hidangan di bazaar ramadhan.....ramadhan seharusnya mengajar kita menjadi sederhana , bersabar dan tidak lahap..tetapi kita jarang untuk sedar madrasah tarbiahh ramadhan ini....kita suka amik sikap....bulan ramdahan bukanselalu jadi kena makan banyak2....kemudian lepas tu datanglah satu gejala iaitu perut yang berlipat2 kerana banyaknya makan.....sana-sini orang sibuk buka bazaar...tepi jalan....atas jalan..dalam kampung mahupun dalam pekan.....bagi setengah pihak ia adalah masa untuk menahbahkan rezeki namun ada

Saturday, August 22, 2009

aspirasi dan motivasi

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: sekolah saya baru sahaja tamat mengadakan peperiksaan...macam biasa bila dah habis periksa...sibukbagi markah kepada pelajar.....al-maklumlah sekolah prestasi rendah(SPR) maka keputusan pun tahap SPR je...pastu kene sediakan analisis......maka ini yang saya nak kongsikan.....bila dah buat analisis kene ada pula post mortem untuk mengetahui di mana yang kurang di mana yang baik..apa yang boleh dibaiki dan apa yang boleh dikongsi......samalah jua apa yang berlaku di sekolah saya......maka sibuklah sekalian guru-guru menyiapkan laposan anlisis...apa kekuatan dan kelemahan peperiksaan penggal ini......bila tiba hari pos-mortem semua guru yang terlibat di panggil untuk sessi post mortem.......dalam sessi post mortem tersebut apa yang dibincangkan adalah matapelajaran yang mengalami prestasi yang menurun.....apa yang menarik perhatian saya dan amat menyedihkan ialah....semua guru yang hadir tersebut bersedia menyampaikan laporan masing-masing...semuanya datang membawa fail panitia dan bidang masing2....namun yang disentuh adalah hanya beberapa orang guru yang pelajarannya disentuh...memang guru yang menurun prestasi pelajarannya disoalkan kenapa dan bagaimana serta apakah perancangannnya untuk menaikkan semula prestasi dan mencapai GPMP yang bagus untu pelajaran tersebut.......memang ada benarnya mengkritik dan mempersoalkan prestasi yang menurun...namun sesuatu yang tidak adil pada pandangan saya ialah....kalau mengadakan post mortem untuk "membincangkan" prestasi yang menurun baguslah diadakan hanya prestasi yang menurun tak perlulah memanggil semua guru.....ia membuang masa untuk hanya datang hadir dan dengar perkara yang tak perlu didengar..tambahan lagi......bila prestasi menurun kita akan dipersoalkan..namun bila prestasi menunjukkan peningkatan tidak ada pula kata-kata semnagat yang menunjukkan penghargaan kepada guru yang bersusah payah menaikkan prestasi.......tidak ada motivasi...saya tidak tahulah kalau satu perkataan "bagus"....."baik"....."teruskan kecemerlangan " satu perkataan yang sangat payah untuk diungkapkan.....inilah hakikatnya yang berlaku kepada kebanyakkan guru-guru yang berada di sekolah prestasi rendah......mereka kekurangan motivasi........guru pula selalunya menerima hukuman daripada insentive...........ini membuatkan guru tidak melihat pihak atasan sebagai aspirasi untuk berjaya..kesannya.....guru tersebut tidak mempunyai motivasi untuk menjalankan tugasnya...........kesan tersebut membawa kepada pelajarnya.......pelajar juga kehilangan aspirasi dan motivasi yang sepatutnya datang daripada gurunya sendiri.......proses ini dalambentuk cycle.....guru-pelajar-sekolah-pentadbiran-.........a simple cycle but sometimes we miss the view.........hakikatnya...semua guru perlu sedar..dalam pekerjaan kita memerlukan motivasi dan aspirasi.......tanpa keduanya kejayaan dan kecemerlangan yang diharapkan tidak akan tercapai............wallahua'alam

Monday, August 17, 2009

pertembungan pembangunan dan keagamaan


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh....pagi ini saya sapat satu e mail daripada seorang kawan yang saya kenal , seorang engineer MAS...bekerja di dubai...perempuan.....saya terpanggil untuk membaca emailnya pada kali ini yang menyentuh satu isu yang sangat sensetif dan menyentuh jiwa saya........walaupun kes ini telah lama namun apabila membacanya rasa seperti semalam ia berlaku...kes tersebut ialah kes "Murtad" bila disebut murtad umum faham keluarnya seorang saudara kita yang beragama islam kepada agama yang lain...dalam email tersebut banyak kes yang diceritakan , seorang islam melayu di malaysia ni ada yang bertukar agama menjadi hindu....aa yang tukar jadi kristien....apa yang benar-benar menyentuh hati saya ialah apabila kes ini dibawa ke mahkamah...kes ini kalah iaitu dalam erti kata lain murtad tersebut dibenarkan dalam undang-undang yang telah terbina.ruang untuk murtad tersebut diberikan dalam perlembagaan.....ada juga diceritakan keluarga yang berjuang untuk mengembalikan saudaranya yang telah murtad tersebut di pukul...di penjara..dihina..dan tak kurang juga dipenjara...gara-gara ketidakseimbangan undang-undang membela agama islam sendiri walaupun dinyatakan islam adalah agama rasmi di malaysia...memang menyayat hati saya....sedih...geram.marah dan bermacam-macam lagi perasaan yang bermain di dalam jiwa saya membaca artikel tersebut.....ironinya...arus pembangunan yang sedang kita selusuri ini sangat mencabar....islam sebagai agama rasmi hanyalah ada pada perlembagaan..kita sebagai seorang islam menghormatinya...namun kita perlu sedar perlu juga untuk kita mempertahankannya...jangan nanti sampai kita hancur lumat barulah kita mahu sedar betapa kita sebenarnya telah terpesong dengan arus pembangunan sampai terlupa nilai agama kita.....wallahua'aalam

paku dan dulang


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: isu isu isu isu macam-macam isu yang dapat kita lihat dan dengar sekarang ni di dalam t.v..terutamanya t.v1...bagi saya kat sini takde t.v lain yang dapat dilihat melainkan t.v1 dan t.v 2 sahaja...setiap hari macam2 perkara yang dibangkitkan oleh media ini...ada yang memuji dan tak kurang pula yang menghentam pihak tertentu.....malam ni saya melihat isu yang diketengahkan oleh t.v1 iaitu isu pilihanraya dun permatang pasir....memang antara percaya atau tidak....tingkahlaku terlangkau daripada pemikiran rasional manusia yang bernama "malaysian"....macam2 tingkahlaku pembangkang yang begitu banyak dicanai dan dipersoalkan di dalam media utama kerajaan ini......semuanya menunjukkan salah pembangkang wlaupun dari sekecil2 zarah sampailah sebesar2 gunung.....tadi ditunjukkan sikap agresif seorang pemimpin PKR dan pelbagai reaksi penduduk terhaap tingkah lakunya.....bahkan sepanjang sesuatu pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum berlangsung sepanjang itulah media utama ini akan turut berkemprn memurukkan pakatan rakyat dan pembangkang.....semenjak zaman Tun Mahathir sehinggalah sekarang ia menjadi amalan tradisi yang telah diterima oleh setiap masyarakat di malaysia...keterbukaan yang dibuka itu sebenarnya dituutp sendiri oleh yang memerintah.....keadaan ini haruslah difikirkan semula oleh segenap lapis masyarakat samada yang sedang belajar...bekerja apatah lagi yang memegang jawatan dalam sesuatu masyarakat....ironinya.......idea kita jangan mempersoalkan peribadi seseorang dalam berkempen pilihanraya selalu dilaung-laung dalam setiap kali pilihanraya namun hakikatnya ia sentiasa menjadi buah modal berkempen dalam pilihanraya oleh media satu dan dua negara....bak kata pepatah........paku dulang paku serpih kata orang dia yang lebih...wallahua''alam.......

Friday, August 14, 2009

ramadhan dan syawal

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : Ramadhan al-Karim akan menjelma.....ramadahan juga dikenali sebagai madrasah tarbitah untuk mendidik jiwa yang lalai selama sebelas bulan...ramadahan juga bererti bulan yang panas membahang...kemudian datangnya syawal..sedihnya...tahun ini tak dapat saya kembali ke kampung halaman untuk beraya bersama-sama dengan keluarga kerana saya tak sempat nak blei tiket...kalau beli sekarang alamatnya tak makan la saya bulan ni...hehehe...bukan nak berkira duit..ada juga faktor lain yang menjadi halangan saya daripada pulang beraya pada tahun ni..antaranya....cutinya sekejap sahaja dan waktu , ahri dan tarikhnya tak ngam denga yang saya mahukan..andai saya pulang juga pasti akan mengalami kesusahan pada masa nak kembali ke bumi sarawak ini...kepada mak ayah di kampung...sedar-sedara....sahabat-sahabat yang mengenali diri ini.....maafkanlah diri saya...selamat berpuasa dan selamat hari raya...wassalam...........huhuhuhuhuhu

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons