Sunday, September 6, 2009

buta mata vs buta hati


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : hari ini hari ke tujuh belas ramadhan...hari nuzul quran.....hari yang bersejarah al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad di gua hira sewaktu baginda sedang bertahannus......mendekatkan deri kepada Allah dengan ajaran nabi ibrahim...baginda duduk berseorangan dan memohon keampunan daripada Allah....baginda seorang yang mulia dan rendah diri sehinggalah datangnya Malaikat jibrail kehadapan baginda dan menyatakan perlantikan rasul terhadap baginda...baginda dikurniakan al-Quran sebagai syifa', furqan dan yahdi ilan nur....al-Quran itu bersifat cahaya.menerangi kegelapan...membantu manusia membezakan antara yang baik dan buruk....dan sebagainya.....namun sedihnya walaupun al-Quran sudah diturunkan berzaman lamanya..masih ada ada diantara kita yang tak dapat mencelikkan hatinya sepertimana dia mencelikkan matanya untuk melihat kemuliaan rramadhan ini....untuk menginsafi keberkatan dan keampunan yang dikirim bersama bulan mubarak ini.....saya terpanggil untuk berkongsi satu kisah yang berlaku di tempat saya ni...ada seoran p.cik buta...saban hari dia datang ke masjid seawal jam 5 petang dulang selewat jam 9 malam , dia berbuka di masjid bersembahyang maghrib dan isya' berjemaah serta berterawih bersama-sama.......setiap hari saya duduk disebelahnya untuk sembahyang bersama-sama dengan dia.....selalu saya lihat wajahnya......denga penuh pengharapan dia berdoa kepada Allah....tanpa rasa jemu.....tersentuh jiwa saya semalam bila saya bersembang dengan orang masjid......mereka mengatakan macamtulah p.cik buta tersebut...saban tahun bila tiba ramadhan....dia akan datang berbuka di masjid...perlahan-lahan jalan kaki dari rumahnya dan pulang lewat malam.....baginya tiada beza antara siang dan malam melainkan bayu malam yang bertiup sejuk....menariknya...dia pernah bercerita bahawa dia bercita-cita untuk membeli beca agar senang dia minta anaknya bawakan dia ke masjid untukbersembahyang terawih...demikianlah betapa matanya yang buta tidak membuatkan hatinya turut buta...bahkan hatinya tetap celik untuk mencari rahmat Allah dan mengejar kemuliaan ramadhan....jadilah kita macam p.cik yang buta mata ini..tetapi hatinya nampak jelas kemuliaan ramadhan....semoga kita menjadi sepertinya.....ramadhan kareem....wallahu'aalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons