Wednesday, September 16, 2009

Part 3: Iman


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : Iman itu adalah kepercayaan....iaitu rasa percaya..rasa ada....rasa mempunyai dan rasa dipunyai...percaya adanya Allah....tuhan yang esa...rasa percaya menjadi milik Allah dan mempunyai Allah...dulu nabi dan sahabat-sahabat memegang perkara asas ni dengan begitu yakin...walaupun tak nampak di mata tak rasa di tangan dan tak dengar di telinga mereka tetap percaya....dulu bilal bin rabah hampir-hampir gugur stahid sebab mempertahankan keyakinan ni...umaiyyah mendera dia semata-mata nak dengar pengakuan ketidakpercayaan kepada Allah..ataupun dalam bahasa yang mudahnya nak dengar bilal itu murtad....macam tu juga suwayyah dan yassir...bezanya mereka berdua ni syahid kerana mempertahankan "kepercayaan" ini.ataupun dalam bahasa benarnya akidah ini..demikianlah halnya kekuatan iman yang ditanam oleh nabi...ajaran tersebut masih baru dikenal walaupun hakikatnya telah lama wujud tetapi sengaja dilupakan....tetapi umat islam zaman permulaan begitu benar kerana mereka yakin akidah islam itu dapat membawa keamanan dan keadilan kepada penduduk mekah pada ketika itu...sanggup bergadai nyawa dan raga...untuk menyebarkan dan mempertahankan akidah tersebut...maka bermulalah episod peperangan antara orang islam dan musyrikin mekkah...bermula dengan badar al-Kubra sehinggalah ke bukit uhud..peperangan ahzab di madinah...dan berbagai-bagai lagi...bukan islam yang memulakan peperangan tetapi ketika itu islam diancam dengan serangan maka terpaksalah sekalian-sekalian hamba Allah yang bertaqwa ni mempertahankan agama , diri dan negara kerana Allah....dah sekarang ni..kita yang celik-celik dah nama islam....agama pun islam...sedap-sedap nama mak ayah bagi nama islam....tup-tup kita dengar sana sini ornang islam sendiri buang agama dari diri...memilih agama lain sebagai way of life....kerana rasa tak percaya dengan agama sendiri....rasa ragu-ragu dengan agama sendiri.....sampaikan dengan mudahnya menggadaikan agama untuk agama lain......banyak sangat kes murtad kat malaysia ni sampai tak dapat nak sebut dan sedihnya media tak berani membuat liputan kerana takut menimbulkan isu perkauman dan sebagainya.....akhirnya agama sendiri tergadai sedikit demi sedikit....bersamalah kita kembali mengingati dan menghayati apa yang diajar oleh nabi iaitu mempertahankan agama untuk kita menuju kepada Keredaan Allah.....tunjukkanlah nilai islam itu dan bayangkanlah ia dalam kehidupan kita sepenuhnya....semoga kita menemui nilai keimanan yang pernah disentuh dan dimiliki oleh para sahabat ajmaa'iin...wallahua'alam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons