Friday, October 23, 2009

bajet 2010


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : semalam dato seri najib mengumumkan bajet 2010 yang bersaiz kecil kerana pada tahun ini sahaja kerajaan telah melakukan dua kali suntikan ekonomi lantaran kemelesetan ekonomi yang melanda seluruh dunia . pelbagai reaksi rakyat menjengah setelah mendengar pembentangan cadangan bajet 2010 ini . semalam saya tak sempat nak mengikuti dari awal sehingga habis kerana menghadiri majlis akad nikah di kawasan saya ini .

Pastinya pemberian bonus hujung tahun memberikan sedikit harapan dan kepada semua penjawat awam dan pesara di malaysia ni...saya melihat ini sebagai satu hadiah yang diberikan oleh kerajaan dalam keadaan belanjawan negara yang defisit hampir mencecah 10 peratus...tahun ini juga kerajaan telah melakukan perbelanjaan yang besar iaitu pembelian helicopter dari eurocopter , dan pembelian kapal selam.....kerajaan juga kali ini berjaya menunaikan sedikit harapan penjawat awam melalui pemberian bonus tadi...

Namun , persoalan yang ingin dibangkitkan ialah adakah idea ini diterima oleh setiap rakyat malaysia dengan hati terbuka ataupun hati yang agak kecewa...parti pembangkang pastinya mempunyai hujah mereka yang tersendiri untuk menilai bajet kecil yang diperkenalkan pada tahun ini .... namun bagi saya apa yang perlu diamalkan oleh setiap kita ialah melahirkan rasa kesyukuran atas pemberian yang diberikan dan meneruskan usaha dan wacana untuk melahirkan kemajuan di dalam hidup kita ini....

wassalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons