Sunday, October 18, 2009

fitnah dosanya lebih besar daripada "membunuh"


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: hari ni saya baru pulang dari rumah kawan saya...semalam saya pergi bermalam di rumah dia....maklumlah menumpang tgok astro jap...tgok EPL...hehehehe...

Apa yang saya nak kongsikan adalah kisah benar yang telah mejadi amalan masyarakat kampung dan masyarakat sekolah kat sekolah-sekolah kat kawasan saya duduk ni...berapa banyak sekolah daaa...heheheheeheh

Kawan saya telah difitnah oleh seorang guru senior di sekolah ini...dan namanya pun fitnah...dia takdelah melakukan usul periksa sebelum melakukan tuduhan tersebut....kawan saya yang penuh dedikasi dalam melaksanakan tugasnya telah dilaporkan kepada pihak pentadbiran sekolah dengan sengaja tidak melakukan tugas yang diberikan kepadanya....bertambah runcig masalah ini sampai ke telinga 'bos' dan telah memburukkan imej kawan saya tersebut.....

Kawan saya menceritaka beberapa siri perselisihan telah berlaku antara dia dan pembuat cerita tersebut....maka fahamlah saya....terdapat dua perkara yang menyedihkan saya dan membuatkan saya termangu seketika....pertama...perkara tersebut boleh diselesaikan denga meudah tanpa penglibatan pihak atasan kalaulah cikgu senior tersebut menegur kesalah kawan saya tersebut antara mereka sahaja dan menganngap kesilapan tersebut bukanlah disengajakan...dan memang kesilapannya bukannlah disengajakan ..namun dek kerana tak puas hati dan bersangka buruk maka telah melakukan satu dosa yang tak sepatutnya dilakukan...ishk3....keduanya....betapa cikgu tersebut seorang rakan sejawat yang senior...lebih lama dan lebih matang daripada kami sekalian guru-guru yang kurang pengalaman ini...namun dia telah mengambil satu sikap dan tindakan yang begitu menunjukkan ketidakmatangan dirinya dalam menghadapi situasi tersebut dan diantara memenangkan kepentingan diri sendiri ataupun membina jalinan yang baik dengan rakan sejawat di tempat kerja....hasilnya...dapatlah apa yang berlaku sekarang ni...guru-guru masing2 bercakaan dan memburukkan diri rakan sejawat yang lain...tiada rasa kepercayaan dan kehormatan pada sesama rakan guru...dan menyumbang kepada pecah belah dalam kalangan guru2 sendiri...

Hakikatnya....perpecahan memang sukar untuk dielakkan kerana setiap manusia mempunyai kepentingan sendiri ...namun satu yang harus dan dapat diterima ialah....faktor perpecahan tersebut dapat dielakkan dan jurang perpecahan dapat dirapatkan dan dikecilkan andai kita sama-sama mematangkna diri dan jiwa rohani kita dalam menempuh hidup ini agar kita semua dapat mencapai kejayaan...kesalahan orang lain yang kita sangka sengaja dibuat haruslah dinilai terlebih dahulu sebelum kita mensebar2kannya kepada orang lain kerana jika ia sesuatu yang tidak benar maka rugilah kita kerana menanggung satu dosa yang akan kekal berpanjangan sehigga ia berhenti........

Itu sahajalah yang saya ingin kongsikan....harap2 kita semua mendapat pengajaran dari kisah yang saya kongsikan ini...wassalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons