Sunday, October 11, 2009

PTPTN....Pencekik darah


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah : hari ni saya telepon PTPTN...nak amik tau tentang hutang...dah sepuluh bulan kerja tak teringat tentang hutang ni...heheheheheh...dengan penuh yakin saya telepon...bertanya dan bertanya maka dapatlah saya satu kepastian.....cekik darah....itulah yang mula2 menjengah ke fikiran saya....pendidikan percumalah....kerajaan mengambil berat terhadap rakyat lah....macam kerajaan lah....paling saya tak puas hati kerajaan mengambil berat terhadap rakyat.....

namun perkataan kedua yang terlintas di fikiran saya ialah PTPTN mengambil kesempatan terhadap kesempitan rakyat .... saya akui saya kurang berkecimpung dan mengambil berat tentang hal politik kat malaysia ni...namun saya juga sebagai seorang rakyat malaysia yang mahukan keadilan daripada pemerintah....dasar PTPTN sebenarnya mencekik darah peminjam-peminjam PTPTN kat malaysia ni...dulu masa berdebat dalam rancangan HUJAH...ptptn mengatakan kos 3% akan dikenakan terhadap peminjam2 PTPTN.....murah bukan kalau anda meminjam 10.00 anda hanya perlu bayar 3sen sahaja...cuba gandakan jumlah tersebut....kalau anda meminjam 10'000 anda hanya perlu membayar 300 kalau anda meminjam 20000 anda hanya perlu membayar 600...sedikit ja kan...

tapi bukan itu sahaja...jangan tertipu...ada kos tersembunyi....anda meminjam sebanyak 20000 sekarang sudah menjadi 20 600...setiap bulan anda akan dikenakan lagi kos pentadbiran sebanyak 3% lagi daripada seluruh pinjaman tersebut.....ertinya jumlah 20600 akan bertambah lagi kalau anda terus tidak membayar setiap bulan...iaitu menjadi 20651..setiap bulan akan dikreditkan ke akaun anda sebanyak RM51 lagi....kalau anda seorang memang sedikit tapi kat malaysia ni puluh ribu peminjam ptptn...dah dapat interest 3% bulan ada cas lagi 3%...dah macam beli keta ni...lebih menceki lagi...kalau anda dah bayar pun anda tetap dikenakan lagi kos pentadbiran sebanyak 3% setiap bulansampailah ke titisan hutang yang terakhir....begitulah gamaknya adilnya PTPTN kepada peminjam kat malaysia ni...cara bijak menabung dan mengumpul duit rakyat....aduhai2

Peminjam2 ptptn terus dicekik secara rela paksa...terjerat dengan pinjaman yang mereka tandatangan sendiri...lebih ironinya pihak kerajaan meluluskan pinjaman kapitalisme ini...kemudian PTPTN bersembunyi di belakang tabir atas nama menolong rakyat....saya tak tahulah anda yang lain , bagi saya ini ibarat menolong dan meminta balasan secara paksa...kebajikan yang dijanjikan..pendidikan percuma yang dijanjikan hanyalah janji manis yang sentiasa ditaburkan dengan memasang jerat kepada rakyat sendiri untuk keuntungan "mereka-mereka" yang berkenaan...

Kasihanlah kita peminjam2 ni yang telah tertipu pada pandangan saya.....aduhai tipah....tipah tertipu lagi.....ntahlah kalau anda tak menyedari ini tapi saya rasakan inilah penipuan hebat yang terancang dan yang dibenarkan.....geram2....wallahua''alam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons