Friday, October 9, 2009

tsunami.....padang...gempa bumi....samoa....

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah....seluruh dunia sedang meratap lantaran peristiwa yang menyayat hati....gempa bumi di bumi Padang dan tsunami di samoa....telah meragut ribuan nyawa...merosakkan banyak harta benda dan mencederakan yang lainnya.....saban hari saya membaca surat khabar banyak yang dilaporkan...sehingga tak sanggup saya melihat gambar-gambar yang di paparkan kerana terkenangkan sesuatu peristiwa....

sejenak saya berfikir dan terfikir...kenapalah berlaku semua ni....banyak nyawa melayang sia-sia...puas saya berfikir....yang saintisnya memberikan sebab dan musababnya...yang ustaznya menceritakan ini bala daripada Allah....dan pelbagai lagi yang singgah di pendengaran saya ni....namun saya suka melihat ini sebagai satu proses....."the proses"

saya suka memetik apa yang telah dirakamkan di dalam al-Quran....dalam surah al-Waqiah....dalam surah ni banyak telah Allah ceritakan.....bukit-bukit di terbangkan....seperti debu-debu berterbangan.....ibu-ibu yang sedang menyusukan anak meninggalkan anak tersebut...dan banyak lagi...rujuklah dalam al-Quran......lantas saya segera berfikir.....dulu saya terfikir-fikir mampukah gunung-ganang diterbangkan....langit diruntuhkan....dan sebagainya peristiwa kiamat yang sangat menakutkan dan sangat aneh itu...

setelah melihat kepada apa yang terhadi sekarang fahamlah saya...bahawa semua itu adalah mudah bagi Allah....kita seharusnya mengambil dua sikap dalam peristiwa bencana alam ini....iaitu kita di malaysia harus bersyukur kerana tidak ditimpakan dengan bencana ini...janganlah kita lupa untuk melahirkan kesyukuran dan memanjatkan doa agar kita tidak dikenakan bala bencana ini sebelum kita menemui kiamat....sikap kedua pula ialah kita hendaklah sedar....bahawa bencana alam yang terjadi ini sebenarnya satu proses untuk kita menuju kepada alam akhirat..... proses ini berlaku mengikut tingkat-tingkat yang telah ditetapkan supaya apa yang diceritakan dalam al-Quran itu benar-benar berlaku....

Tak lama dulu kita sibuk dengan masalah jerebu....ini juga disebutkan dalam al-Quran dalam surah al-dhukan...pernahkah kita mengambil sikap kesedaran akan amaran allah....kemudian kita di landa tsunami..gempa bumi...ini juga disebut oleh Allah dalam surah al-Zalzalah...maka saya berpendapat bahawa sekali lagi kita diingatkan oleh Allah agar segera bertaubat dan melakukan ibadat kepadaNya...kerana qiamat itu makin dekat...setiap saat kita diberikan peringatan dengan bala bencana di seluruh alam ini....bersediakah kita menghadapi Rabbul jalil.....mahukah kita msih menunggu sehingga sangkakala ditiup barulah kita mahu berebut-rebut mengejar syurga Allah...sama-samalah kita memikirkannya.....wallahu a'aalam....

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons