Wednesday, November 25, 2009

Nikon D60


kamera baru aku baru beli semalam...harga 1999.....bangganya ada kamera SLR....hehehe

Saturday, November 21, 2009

Redeployment

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: Hari itu hari jumaat...saya sedang lepak2 dengan cikgu2 dan pelajar2...maklumlah dah nak abes sekolah..takde lagi kerja nak di buat....masing2 dok sembang2 tukar2 cerita...tiba2 masuk sorang ckgu...alvina nama dia..dia cakap...'ustaz....u dapat pindah" saya macam tak percaya je..."betul ke?" saya cuba menelah kenyataan dia tadi...cuba mencari riak2 gurauan dari riak mata dia tapi tak jumpa..."betul ustaz....u dapat pergi ke miri....kolej tuan haji bujang....surat ada kat pejabat"...saya tanya lagi..."betul ke ni alvina"......."betul la...dia bertambah serius dengan jawapan dia"...aku keluar dan bergegas ke pejabat...di tangan bos aku terpegang sepucuk surat...berdebar2 aku rasakan...."tahniah ustaz dapat pindah ke miri"...."ye ke"..sekali lagi aku menelah...cuba mencari sedikit lagi keyakinan....aku pegang surat tersebut dan membaca...sah aku dapat pindah ke miri...dalam hati kecil aku....."yessssssssssssssssssssss"

riuh kat pusat akses dan bilik guru aku dapat pindah....semua guru yang minta pindah antara bahagian tak puas hati...hehehhehe..aku tak minta dapat pindah...depa semua buat rayuan macam bolayan je ngan JPN ...hahahahha....aku mampu tersenyum ja....cikgu hasnah datang jumpa aku...."tak aci ustaz dapat pindah"....susie narok datang jumpa...ustaz senyum jak dapat pindah.....minta email...nanti nak challange sudoku...."ok2" jawab ku....antara percaya atau tidak...saya pergi jumpa pekerja yang paling cemerlang kat sekolah saya....siapa lagi kalau bukan encik ahmadie....apa saya nak buat ni madie...cam biasa...isi borang serah tugas...serta merta dalam masa setengah jam siap semua saya siapkan.....

Banyk lagi yang berlaku dalam kesuntukan masa tersebut...apa yang paling saya terkesan ialah semua ini begitu kejutan bagi saya....sebenarnya saya dah berserah untuk tidak berpindah..namun di penghujung pengharapan tersebut Allah makbulkan keingiinan saya untuk berpindah....yang lebih menyetuh hati saya ialah...minggu lepas saya dapat satu mimpi yang dalam mimpi tersbut saya dipindahkan ke miri...hari ni memang betul saya dapat surat berpindah tersebut...hehehe...syukur Alhamdulillah

Friday, November 13, 2009

Wang Ehsan....Royalti

untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah:

Seluruh rakyat di negara kita telah sekali lagi menjadi saksi terhadap ucapan yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen PAS dari Kubang Kerian mengenai pemberian hasil royalti minyak kepada negeri Kelantan. Dalam jawapannya, Dato Seri Najib menjelaskan bahawa negeri Kelantan, dan juga Terengganu, tidak mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum.

Seterusnya Dato’ Seri Najib mengumumkan :

“Dengan ini saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ihsan bagi negeri Kelantan sama seperti negeri Terengganu”.

Kenyataan dari Perdana Menteri ini telah menafikan kewujudan Perjanjian Petroleum antara negeri-negeri dengan Petronas yang ditandatangani oleh semua Menteri Besar, yang juga telah dilaksanakan di negeri Terengganu dengan bayaran mengikut perjanjian royalti yang menjadi hak kerajaan negeri dan telah dibayar sejak dari tahun 1978 hingga Mac 2000. Hakikat wujudnya hasil royalti ini sebenarnya telah tercatat dalam penyata rasmi parlimen melalui jawapan rasmi menteri, ucapan Perdana Menteri sebelum ini dan ianya juga ditulis dalam bajet kerajaan negeri yang menerima royalti ini, termasuklah negeri Terengganu.

Terdapat begitu banyak bukti dokumen bertulis yang dapat dibaca oleh rakyat menerusi catatan penyata rasmi parlimen yang menjelaskan bahawa terimaan oleh negeri Terengganu umpamanya adalah terimaan royalti dari minyak dan gas – antaranya lihat dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 dan 30 April 1997, Penyata Rasmi Dewan Negara 28 Julai 1999 dan lain-lain. Dalam Penyata Rasmi Dewan Rakyat 19 Oktober 1993 di mana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Dato' Wong See Wah) menyatakan : “..Sejak bulan Ogos 1975 sehingga bulan Februari 1993, PETRONAS telah membayar royalti sebanyak RM3.71 juta kepada Kerajaan Negeri Terengganu, RM1.49 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sabah dan RM2.79 ribu juta kepada Kerajaan Negeri Sarawak”.

Kesimpulannya ialah :

1. Kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib ini telah membodohkan Perdana Menteri yang lalu seolah-olah Perdana Menteri yang lalu telah mengambil tindakan yang salah dalam memberikan royalti minyak, bukan sebagai wang ihsan.

2. Pembatalan royalti petroleum kepada negeri Terengganu pula dilakukan di atas sebab dendam politik setelah PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999.

3. Pembatalan royalti petroleum di Terengganu juga dalah hasil dari desakan yang timbul dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Maka PAS beranggapan bahawa apa yang dilakukan kepada negeri Kelantan adalah berdasarkan alasan yang sama, iaitu tindakan politik balas dendam terhadap negeri Kelantan yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem demokrasi.

Kita mencabar kerajaan pusat supaya merujuk perkara ini kepada mereka yang masih hidup yang terlibat dengan perjanjian berkenaan iaitu Tun Salleh Abas yang terlibat secara langsung merangka draf Akta Penggunaan Petrolium 1974 sewaktu menjadi Peguamcara Negara dan YB Tengku Razaleigh Hamzah yang menjadi Menteri Kewangan pada ketika itu.

Kita juga meminta supaya permohonan kerajaan negeri Terengganu melalui mahkamah yang telah difailkan sejak bertahun-tahun lalu dibuka dengan segera dan dilaksanakan perbicaraan yang adil dan telus, berdasarkan kepada konsep pemisahan kuasa antara badan kehakiman dengan pihak berkuasa mengikut amalan negera-negara demokrasi yang sebenar.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=23106:presiden-pas&catid=83:presiden&Itemid=127

Suami yang setia dan sejati


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah:Memang sikap lelaki tidak suka menunjukkan sikapnya secara terang lebih-lebih lagi bersifat peribadi. Walaupun tidak mengungkapkan kata “I love you”, “kaulah kekasihku”, “Oh…my soulmate”, atau “You know how much I love you…” dan sebagainya, cinta mereka tetap ada pada anda. Ada beberapa tanda memberi maksud “Aku cinta pada mu” yang mungkin anda tidak perasan. Berikut antaranya:

1) Pandangan mata

Mata tidak hanya untuk memandang tetapi berfungsi sebagai penyampai maksud dan pesanan yang jujur. Lihat pada mata pasangan. Jika dia pandang terus kepada anda dan tidak terganggu dengan keadaan sekeliling bermakna anda adalah seorang yang bererti baginya.

2) Ingat makanan kegemaran anda

Mengingati makanan kegemaran anda adalah salah satu tanda cinta yang selama ini dipendamnya. Misalnya, anda gemar kek pisang. Si dia terlihat orang menjual kek pisang ketika pulang dari pejabat dan terus membelinya untuk diberikan kepada anda. Tidak salah lagi itulah cara dia menunjukkan perhatian.

3) Berbicara tentang masa depan

Si dia senang duduk berbincang dengan anda tentang masa akan datang. Mungkin soal rumah, kedudukan kewangan, hal anak-anak dan sebagainya. Jika ini tingkah laku yang ditunjukkan oleh suami bermakna dia ingin bersama anda selama-lamanya.

4) Menghargai hadiah anda

Dari dahulu hingga sekarang si dia tetap setia dengan dompet yang anda hadiahkan. Tidak pernah dia memilih dompet lain walaupun keadaan dompet pemberian anda itu kelihatan begitu ‘uzur’. Inilah tanda terima kasih dan sayang kepada anda.

5) Selalu di sisi

Ketika keluar berjalan-jalan, dia lebih senang berada dekat dengan anda. Bak pengawal keselamatan anda sentiasa dijaga. Ha… kini anda mulai sedar ya!

6) Lakukan bersama-sama

Si dia enggan keluar jika anda tidak ikut sekali. Si dia juga merayu supaya anda keluar dengannya, jika tidak dia tak berpeluang untuk keluar bersosial.

7) Rahsia

Pasangan tidak pernah berahsia tentang semua perkara sepanjang bergelar suami isteri. Apa sahaja cerita yang berlaku sama ada di pejabat, rumah dan sebagainya dikongsi bersama. Dan kisah anda berdua pula tidak diceritakan kepada orang lain. Inilah dikatakan cinta.

8 ) Rela menjemput

Anda berada dalam keadaan terdesak ketika pulang sendiri ke rumah dari pejabat. Dan suami anda tidak berlengah dan setuju untuk datang jadi penyelamat. Sikap si dia ini sebenarnya memberi tahu yang dia begitu ambil berat dan sayangkan anda.

Tuesday, November 10, 2009

Kekeringan jiwa


untuk ustaz ustazah...cikgu cikgi...dan semua yang sudi berfikir untuk ummah: assalamualaikum dan salam sejahtera...dah dua hari saya tak dapat nak buka internet sebab kawan saya pinjam saya punya broadband....pagi ni tiba2 hinggap di fikiran saya satu prasa yang menyebabkan saya terfikir sejenak...memikirkan kenapa ia hadir dalam kotak fikiran saya...bermacam soalan dan persoalan mula menjengah ke dalam minda saya apabila saya mula memikikannya.......ada yang dapat saya terjemahkan dalam kata-kata bentuk tulisan ini...ada yang hanya berlegar dibenak ini dan tidak dapat digambarkan....perkataan tersebut ialah kekeringan jiwa

Dulu , waktu saya bersekolah menengah dulu...kat sekolah agama...ustaz selalu cakap...manusia sekarang ni banyak yang lalai...banyak lagho...lupa tuhan kejar dunia...hidup hanya untuk kemewahan dan bermegah2....yang kaya sentiasa menindas yang miskin...yang miskin terus miskin....yang terbela hanyalah yang berada dalam kelompok yang sama...kalau lain 'kapal' tak payah cakap banyak memang orang tak pandang walaupun apa yang dibangkitkan dan dipersoalkan adalah benar dan tepat...itulah adat dunia.....waktu tu zaman hingusan...zaman ikut telunjuk....kalau ustaz tu kata A , A lah jawapannya di mana-mana pun,...tak reti dah nak kata A- ka A+ itulah metaforanya......

berbalik pada persoalan yang saya nak utarakan....mengapakan wujudnya sikap manusia yang sedemekian caranya...kenapa adanya rasa dengki dan iri hati..mengapa ada rasa nak mengambil kesempatan dan pelbagai lagi kegilaan....terdetik sekejap di minda saya...mungkin memang manusia sesempurna mana dia...dia dilahirkan bersama-sama sifat-sifat terkeji ini...tak kiralah siapa dia......mungkin juga yang popular selalu kita dengar....sebab manusia jadi macam tu ialah takde ataupun kekurangan ilmu agama....persoalannya...betulkah orang yang dah banyak ilmu agama takde langsung sifat-sifat terkeji ini.....dulu saya sering diingatkan oleh guru saya...kita ni muallim...ustaz....muaddib...kita kena tunjukkan peribadi yang mulia dan baik....sekarang ni baru saya terfikir...adakah kita ni nak menunjuk2 jadi baik depan orang ataupaun kita nak praktikkan baik itu dalam jiwa seharian kita......ataupun wujud sikap demikian kerana manusia merasakan itulah sikap yang diredoi dan diterima oleh sekalian masyarakat...ialah....maju...advance...terhadapan....itulah yang digambarkan oleh cerita-cerita barat yang menapaka kat industri layar perak kat malaysia ini....pelbagai lagi persoalan dan kemungkinan yang saya telah terfikirkan namun tak dapat nak dikongsikan kerana tak dapat saya nak gambarkan macamana.........

Namun setelah saya memikirkan lagi...satu yang dapat saya kesan....1.manusia ini memang tidak sempurna...siapalah dia...ustaz ka, ustazah ka, peguam ke..perdana menteri ka, ulama ka....mufti ke atau siapa sahaja yang pernah hidup kat dunia ni dan yang akan hidup kecuali para nabi dan rasul....2. Kenapa kita tidak sempurna ialah kita tidak seperti nabi dan rasul...nabi dan rasul mendapat bimbingan daripada Allah S.W.T. sebab itulah mereka ma'sum...takde sifat-sifat tercela...kerana nabi dan rasul itu membawa apa yang Allah mahukan...allah yang maha sempurna...Dia tidak mempunyai sifat2 kelemahan dan kedengkian yang ada pada manusia....3.Manusia sememangnya diiringi dengan sifat2 kelemahan dan kedengkian semenjak kita ni dilahirkan...sejak kita celik mata sahaja...semenjak kita mencecah ke alam dunia ini sifat itu telah mula mentunas dan makin membesar sejajar dengan kedewasaan kita...

Namun , apa yang lebih menonjol ialah manusia sebenarnya kekeringan jiwa....ustaz saya selalu berpesan....jiwa manusia ni selalu dahagakan sesuatu...kalau kita beri ia makanan meterial maka jiwa kita jadilah jiwa material, kalau kita isi jiwa kita dengan kedengkian , keinginan, ketidakboleh melihat orang lebih dari kita..maka macam tulah jiwa kita....namun , andai kita mengisi jiwa kita dengan makanan rohani...makanan para nabi dan rasul iaitu meletakkan kecintaan kepada Allah melebihi segalanya...maka semua jiwa2 yang sakit tadi akan terawat...andaian ini terlalu indah untuk direalistikkan, namun...sebenarnya itulah jalan para nabi dan rasul yang pernah hidup berkurun lamanya...itulah yang membuatkan mereka begitu kukuh dan utuh......rasa kecintaan tersebut telah hilang dalam jiwa2 manusia zaman sekarang....bukan setakat hilang tapi telah lenyap kerana kita telah dijembakan dengan keindahan duniawi ini yang terlalu manis untuk dilepaskan............inilah jiwa yang kekeringan......benihnya telah reput..maka pokok yang tumbuh juga pokok yang tidak sihat...tidak dapat bertahan lama..mungkin tidak dapat tumbuh tinggi lagi...ataupun tidak tumbuh langsung.....

Sebenarnya....jiwa manusia yang kekeringan sekarang perlu dibaja dan disiram semula.....jgn dibiarkan terus ketandusan...jangan dibiarkan terus layu dan kering.....carilah baja yang pernah meresap ke dalam jiwa para nabi dan rasul tersebut...takde yang lain melainkan kita kembali mengikuti dan menghayati hidup para nabi dan rasul terdahulu............wallahua''alam

Thursday, November 5, 2009


cover majalah sekolah yanng telah terpilih...hasil ciptaan saya...kini seluruh sekolah melihat , merasa dan memiliki majalah yang mempunyai "air tangan" saya...bangganya...alhamdulillah

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons