Sunday, April 4, 2010

35 Tips untuk menjadi pejuang yang hebat

Hari Jumaat yang lepas , saya dijemput untuk menghadiri satu sessi motivasi..saya diberi satu slot ceramah yang bertajuk meningkatkan daya saing dan semangat pejuang islam....di sini ingin saya kongsikan serba sedikit apa yang telah saya sampaikan , semoga ia menjadi panduan dan amalan kita bersama.....

1. Doa
2. Banyakkan Membaca Al-Quran
3. Bersikap Positif
4. Berfikir di Luar Kotak
5. Banyakkan bangun Malam
6. Amalkan Sunnah
7. Kurangkan ketawa banyakkan menangis
8. Hitung segala dosa , lupa segala pahala
9. Usah cepat merasa puas denga kebaikan , kejayaan dan kebajikan yang kita lakukan hari ini
10. Hari ini perlu dihargai , esok satu perancangan semalam satu penyesalan atau kebanggaan
11. Kehebatan seorang pejuang pada kepatuhan kepada Allah dan Rasulnya
12. Kurangkan angan-angan banyakkan amalan
13. Mimpi para nabi mimpi yang benar , mimpi ahli 'aasi mainan syaitan
14. Perancangan hari esok bermula semalam , hari ini kita melaksanakannya
15. Cintakan akhirat
16. Tuhan menciptakan kita dengan penuh kesempurnaan , bertindaklah dengan cemerlang
17. Pejuang yang tidak berdisiplin berkemungkina tidak berdisiplin sepanjang hayat
18. semua orang mahu berjaya , tetapi segelintir yang berjaya kerana berjaya mengawal nafsu dan emosi mereka
19. Kita mudah lupa apa yang kita dengar , kita sekadar tahu apa yang kita lihat , tetapi kita akan ingat apa yang kita praktikkan
20. Setiap hari carilah alasan untuk berubah secara positif
21. Dalam dunia ini . cuma kita berupaya mengubah diri kita
22. Apabila kita berubah semua orang akan berubah seiring dengan perubahan yang kita lakukan
23. Segala masalah berpunca daripada kita sendiri , kita sendiri yang perlu menyelesaikannya
24. Segala kehebatan sudah sedia ada dalam diri kita , sekadar menanti untuk diserlahkan.
25. Orang biasa melakukan sesuatu yang luar biasa menghasilkan prestasi yang luar biasa
26. Jadikan setiap hari adalah hari terbaik dan sepanang kehidupan anda akan cemerlang
27. Kejayaan = Hidayah +ilmu + amal + Ikhlas + istiqamah +berterusan berubah secara positif
28. Kejayaan adalah melakukan rutin yang positif secara berterusan
29. Kegagalan adaah melakukan satu atau dua kesalahan berulangkali
30. Kegagalan yang berulang kali bukan lagi pengajaran tetapi pantulan sikap kita
31. Brsangka baiklah kepada Allah
32. Cintailah Allah dan Rasul melebihi segalanya

Sebenarnya , kita boleh , seorang pejuang yag hebat akan merasakan kewujudan Allah dalam tindak tandukny , nafasnya serta nyawanya , hidupnya kerana rabbul jalil , matinya juga kerana yang maha esa , Allah kurniakan kepadanya Halawatul iman dan istiqamah , kerana kesungguhan dan kemahuannya, bukan keran kesombongan dan kemegahannya , kemuliaan yang diterimanya adalah anugerah lantaran tawadduuknya , setiap pujian kembal kepada penciptanya , setiap cacian makhluk menjadi penyuluh jalannya , terimalah segala hinaan , kerana yang layak menerima pujian Adalah Allah s.wt.

Demikianlah sedikit perkongsian dari saya, semoga sama-sama menjadi inspirasi kita

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons