Tuesday, September 14, 2010

Bismillahirrahmanirrahaim
gatal jari jemari aku nak menulis semula dalam blog aku ni... lama sungguh aku tak menulis kat sini... hampir 8 bulan bermula dari awal tahun rasanya.............

Satu isu yang menjadi perdebatan di dalam mindaku kali ini ialah betapa jauhnya kita dengan Tuhan kita iaitu Allah... hari demi hari masa demi masa kita dihidangkan dengan pelbagai isu dan perkara yang kita hanya pandang sepi , tak mahu dan tak berani bersuara... kita hanya biarkan berlalu denga harapan perkara tersebut akan berlalu begitu sahaja. samada isu berkaitan agama kita , isu berkaitan jiwa kita, isu berkaitan roh kita mahupun negara kita

Dalam kelekaan kita mengejar kehidupan seolah2 kita telah melupakan kematian sedangkan kematian itu pasti datang menjengah , kita terus-menerus membelakangkan agama kita dan Tuhan kita iaitu Allah . kita suka mengambil sikap acuh tak acuh terhadap Tuhan kita serta hukum hakamnya.... Dia yang mencitakan kita kemudian kita tanpa segan silu bahkan bongkaknya membelakangkah hukumnya bahkan menempelak kebenaran serta kehujahan hukumnya.... inilah yang telah berlaku pada masa kerasulan dan kenabian dahulu... ayat2 allah serta perintah2nya diabaikan....

Begitu jugalah zaman manusia akhir zaman ini.... panduannya bukan lagi iman dan kitabullah.... segala yang berkaitan dengan Allah dan syariatnya disemptkan sesempit-sempitnya....tiada ruang dan peluang diberikan untuk mendidik manusia dan mahkluk allah yang lain untuk mengenal Allah .... kalaupun diberi hanyalah pada kadar dan masa tertentu dengan syarat yang tertentu....menbgikut ukuran dan sukatan nafsu.... maka bertambah jauhlah kita dengan pimpinan Allah s.w.t.

maka kembalilah kita ke zaman yang pernah kita semua kecam sebagai jahiliyah dan bodoh... ingkar dan takbur... mewah tetapi sombong dan mendustakan Allah serta ajaran rasulnya... manusia menjadi raja dan tuhan dihati manusia lain... manusia menjadi hamba kepada manusia yang lain.. seterusnya kita terus-menerus mengembangkan benih2 kesombongan dan kedambaan duniawi ini pada generasi2 yang baru bertunas... bertambah lagi kita jauh dengan Allah swt dan juga ajaranNya...

Jesteru,... benarlah apa yang telah dipesankan dan ditunjukkan oleh baginda kepada para sahabat yang hidup sezaman dengannya.....umat islam pada akhir zaman itu sangat banyak..seperti buih di lautan , banyak tapi tidak ada keampuhan dan kekuatan serta kualiti para sahabat ketika itu...lantaran untuk membantu ummat yang lemah itu baginda memesan kepada kita... aku tinggalkan kepada kalian dua perkara yang kalau sekalian kamu berpegang padanya nescaya kamu tidak akan sesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasulnya.... namun semakin kita menjauhi kedua2 perkara ini sebenarnya semakin sesat kita dari pimpinan Allah dan Rasulnya,... semoga kita kembali kepada pegangan Nabi dan para sahabat ini..
wallahu'aalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons