Monday, September 27, 2010

"bukan saya tak mau buat ...nanti apa pulak kata orang"



Assalamualaikum
Pagi ni satu perkara yang saya nak utarakan ialah tentang sikap kita menghadapi sesuatu isu ataupun masalah....

sepemerhatian saya...kita masyarakat malaysia...sedang menuju satu tranformasi pemikiran..bukan semenjak tema 1 malaysia diperkenalkan..bahkan semenjak kita mencapai kemerdekaan...bahkan jauh lagi...semenjak pejuang2 kemerdekaan memeperjuangkan kemerdekaan..kerana telah ada satu peralihan pemikiran dalamminda rakyat untuk menilai perkara dari pelbagai sudut...sudut yang dicakapkan bukan empat bukan lima bahkan lebih daripada yang dapat kita jangkakan...banyaknya sudut inilah yang menyebabkan banyaknya idea dan cara pemikkiran yang ada dalam masyarakat...begitu juga semasa nabi menyampaikan dakwah islamiyyah kepada masyarakat islam jahiliyah...pemikiran yang pelbagai ini wujud bukan sekadar dalam cara membina rumah , cara berniaga, cara melangsungkan kehidupan , cara mengembangkan ekonomi , cara menternak cara berkahwin bahkan kepelbagaian pemikiran ini juga wujud dalam cara penyembahan dan pengibadatan kepada Tuhan...masing2 mempunyai tuhan yang tersediri dan mahukan tuhan yang tersendiri...cara pengibadatan dan ritual sendiri...itulah etapa complicatednya pemikiran manusia....

Namunpun demikian...setiap percanggahan dan perbezaan dalam mengambil sikap sesuatu perkara , ataupun dalam cara menilai sesuatu perkara yang berbeza ini pasti ada titik pertemuan disana...namun timbul persoalan bagaimana nak mempertemukan perbezaan in dan bagaimana nak menyatukan pertelingkahan pendapat ini...tetap menjadi persoalan yang misteri manusia zaman berzaman...saya tak mahu menyentuh tentang penyelesaian perselisihan pendapat ini namun saya suka untuk membincangkan tentang sikap kita sehingga terjadinya perselisihan dan perbezaan tersbut

Bila timbul sesuatu isu...ada antara kita dengan cepat dan lantang mengkritik dengan pelbagai pandangan yang negatif dan tidak membina....bahkan kesungguhannya mengkritik sehingga membuatkan dirinya tidak mampu dan tidak mahu untuk bergerak kehadapan kerana terlalu bimbang dengan pelbagai perkara yang masih belum terjadi tetapi telah dijangkakan....sehingga terjadi satu keadaan " bukan saya tak mau buat , nanti saya buat orang kata pulak",...inilah sikap yang banyak menimpa diri kita...terlalu kritis berfikir sampai tak berani nak bergerak dan melaksanakan tanggungjawab dan menggerak jasad selari dengan minda dan idea yang kita cambahkan...bagi saya orang yang bersifat demikian adalah orang yang suka untuk berlepas diri dari segala masalah..orang yang mahukan mudahnya dalam gerak kerja dan tak sanggup menaggung risiko....baginya perjuangn yang benar tak patut ada tentangan kerana perkara yang benar tak boleh dan tak perlu dipersoalkan kerana ia adalah benar dan hak....dan pelbagai lagi alasan dan musabab yang menjadikan ia tak mahu berjuang dan takut untuk menggerakkan kerja kenabian dan kerasulan....itu masih lagi belum ditambah dengan perasaan dipersoalkan atas tindakan dan kerja buat juga sebarang keputusan yang telah , mahu dan akan ditetapkan....

Sepatutnya.......bila kita menghadapi sebarang rintangan dalam perjuangan dan kerja buat kita seharusnya kita mengambil sikap "we makes thing happen , we do not wait thing to happen" bila menghadapi masalah , pemikiran yang perlu kita bentuk ialah , membanyakkan alternatif2 untuk menyelesaikan masalah , mencambahkan idea untuk meneruskan kerja dan perjuangan kita agar kita tidak lemah semangat dan tida terus mati gerak kerja kita...sudah tentu pandangan masyarakat sekiling dan persekitaran perlu diambil kira...namun ,,prioriti yang perlu diletakkan ialah menjalan kerja dan program bukanlah mengambil kira "apa orang akan kata nanti" sekali lagi saya menegaskan bahawa penting untuk kita mengambil kira persekitaran namun prioriti mengambil kira persekitaran telah tersiap sedia dalam tindakan kita dan tak perlu dibincangkan dengan hebat sampai terganggu pekerjaan dan usaha kita mendidik manusia menuju redha Allah

Namun , ini hanyalah satu faktor ataupun satu perkara yang sering membelenggu pemikiran kita sehingga kita tak mampu dan tak mahu untuk bergerak dan menggerakkan diri kita dan orang disekeliling kita untuk mencari keredaan Allah......kita terlalu sensetiv terhadap orang lain sehingga kita hilangkan sensetif kita terhadap agama dan perjuangan kita sendiri....bukanlah saya menyeru untuk ita bersikap agresif ... tetapi apa yang saya serukan ialah kita perlu bergerak dan terus berjuang...mnyebarkan da'wah dan ajaran islam kepada masyarakat disekeliling kita.....perjuangan tidak boleh dan tidak seharusnya dihentikan kerana halangan dan rintangan yang sentiasa melanda...saya teringat pada satu kata-kata lagu "mengharap senang dalam perjuangaan , bagai mengharap rembulan di waktu siang" lebih kurang macam tulah liriknya.....

Ini hanyalah pandangan peribadi saya tentang realiti masyarakat dan pejuang2 yang ada disekeliling saya dan sepanjang saya cuba untuk bergerak dan menggerakkanperjuangan...kebanyakkan semua pemikiran ini pernah singgah di minda saya dan saya alami sendiri...namun apa yang saya dapati ialah..akhirnya kita sendiri tenggelam dalam perasaan takut dan bimbang yang berlebihan terhadapa perjuangan kita sendiri...akhirnya kita mengambil sikap dan cara...biarkan...biarkan....biarkan....dan lebih ironinya...sikap itu akhirnya memamah diri dan sikap kita sendiri...lebih teruk ia menjangkiti orang disekeliling kita.....bukan secara tak sengaja ...tapi secara sengaja...iaitu kita sendiri yang menanam sikap dan perasaan takut itu kedalam jiwa dan pemikiran orang lain dan masyarakat disekeliling kita......

Mudah2an sedikit cetusan minda ini dapat dicerna dengan positif oleh sesiapa yang membaca tulisan saya ini...apa yang saya mahu tegaskan bukan sikap negatif yang ada pada diri kita tetapi....tulisan kali ini menyeru kepada semua perjuang untuk terus berjuang...keluarlah...hidupkanlah masyarakat disekeliling anda untuk dekat kepada Allah....kesusahan dan ujian dalam perjuangn adalah lumrah para pejuang...para nabi dan rasul pun menghadapi ujian apatah lagi kita hamba Allah yang biasa lagilah hebat tentangan yang kita hadapi......semoga jawapan kita menghadapi Allah swt kelak berbunyi " ya allah , aku telah berusaha menyampaikan seruanmu walaupun aku telah ditolak oleh kaumku sendiri...bahkan aku dihina dan difitnah ... tetapi aku tidak pernah berputus asa dengan janji dan rahmatmu...sekali mereka menolak perjuanganku...seribu kali aku menyeru mereka...engkaulah sebaik-baik hujah..." wallahu'aalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons