Wednesday, September 22, 2010

Usrah


Al-hamdulillah...hari ni kami sempat mengumpulkan sahabat2 di kawasan taman tunku untuk memulakan usrah...satu proses pembinaan karakter dan perkongsian ilmu serta membina ukhwah di kalangan ahli usrah...mudah2an Allah taala memberi semangat dan bantuan untuk meneruskan perjuangan ini....

Banyak isu yang dibangkitkan untuk sama2 ahli usrah mengmbil iktibar dalam masa mendatang...banyak sejarah2 diungkitkan untuk memberi pengajaran pada diri saya terutamanya dan pada ahli2 usrah amnya....peristiwa yang berlaku menjadi sejarah pada diri kita...untuk kita jadikan iktibar dan pengajaran....kita sememangnya perlu memandang sejarah.....ambil iktibar dan pengajaran...namun sejarah seharusnya bertindak sebagai "booster" untuk kita bertindak dan merancang aktiviti pada masa hadapan.....namun...apa yang dibimbangkan tetap menjadi kebimbangan kita...dan apa yang dirancangkan tetap menjadi keutamaan kita...

Apa yang perlu dijadikan iktibar pada pandangan peribadi saya ialah...seharusnya...banyak perkara positif yang boleh kita sebut dan kita ambil daripada perkara2 yang telah berlaku....daripada kita mengungkitkan keburukan2 yang melemahkan semangat dan tidak membina semangat...lebih bagus kita membicarakan strategi dan teknik perlaksanaan agar program usrah ini dapat digerakkan mengikut perancangan yang lebih mantap dan jitu...

Apa yang saya mahu bangkitkan ialah .... cara kita memandang sesuatu isu dan cara kita menanganinya....kita selalu mengambil sikap...mengkritik...sudah tentu kritikan itu ada baiknya...namun kritikan yang tidak membina biasanya membunuh semangat dan keazaman untuk mencetus idea2 dan inspirasi baru...yang akhirnya menjurus kepada penguncupan organisi disebalik pengembangan organisasi....

lantaran...suka untuk saya melihat bahawa apabila kita menghadapi sesuatu masalah...perkara penting dan pucuk utama menjadi tumpuan kita ialah usaha2 dan perancangan kita untuk menyelesaikan daripada kita kepada perkara yang boleh membunuh semangat dan keazaman kita....semoga kita dengan bimbingan Allah swt...niat ikhlas untuk mencari ilmu dan keredhaan Allah...semoga usrah yang diwujudkan akan membina ukhwah yang diredai dan ummah yang terbilang...wallahu'aalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons