Wednesday, October 6, 2010

Usrah 1

assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

Tadi dalam jam 11 mlm saya selamat sampai ke rumah pulang dari IKBN setelah mengikuti usrah bersama jemaah pemuda Pas Miri....ust nik menyampaikan pembentangan tafsiran surah al-Kafirun ......pelbagai aspek yang disentuh samada dari sudut gaya bahasa mahupun sirah......selepas itu ada sessi perkongsian..komentar dan pendapat dari sahabat2 usrah yang lain...walaupun dua kali saya bersama mengikuti usrah ini...namun satu perkara yang saya sedar usrah ini berupa bentuk usrah kepimpinan....semuanya berkisar dengan islam menjadi pendokong dan pemimpin dunia...cita2 dan harapan...perancangan demi perancangan dan pelbagai lagi...

Selain dari beberapa persoalan yang mahu dijawab oleh para peserta ada juga beberapa jawapan yang tidak menjawab persoalan malah menambahkan banyak lagi persoalan dalam benak saya ni...namun ini hanyalah sebagai satu permulaan kepada satu perjuangn saya...semoga Allah pimpin diri saya..iman saya dan nafsu saya agar semuanya kerana mencari redha Allah......semuanya kerana mengejar cita-cita kepada Allah dan mengajak orang lain bersama2 mencintai Allah...semoga kita semua menjadi satu kaum yang Allah redha dengan mereka dan Mereka juga redha dengan mereka...amin

satu persoalan lagi yang timbul dalam diri saya ialah apabila ust nik membicarakan tentang definisi al-Musyrikin....ramai yang cuba menberikan definisi dalam menghuraikan maksud al-Kafirun...pelbagai pendekatan dan justifikasi digunakan untuk menghuraikan maksud al-'kafirun'............namun tiada siapa yang berani memberikan dengan muktamad dan jelas tentang apa itu 'kafir" semoga pertemuan yang akan datang akan memberikan input yang lebih jelas tentang sesuatu perkara..wallahu aalam

0 comments:

Post a Comment

commentlah........

;

 
Design by Wordpress Themes | Bloggerized by Free Blogger Templates | Macys Printable Coupons